Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012


Just want to share some colorful 2012 wallpaper:
It really make my eyes stunning : )




Assalamualaikum w.b.t

Lama x menconteng kat blog nie...hehe...biasalah x tahu nak tulis ape n satu lagi malas : p
Apa-apa pun saya sebagai pemilik blog missfarihah.blogspot nie nak ucapkan terima kasih kpd sesiapa yg membaca blog saya nie, walaupun post2 yg saya tulis x berfaedah sangat, melainkan article yg dicopy.

Then, i want wish HaPpY nEw YeAr 2012 to all my blog reader ^_^
Sambutlah tahun baru kali ini dengan azam yg tekad untuk mentransformasikan diri kita ke arah yang lebih baik dan mencapai keredhaan Allah SWT.

"Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka."


Lot of love ♥♥♥
+Nurfarihah+

Bila Hati Diguris

Kadang-kadang hati sakit bila disindir, tapi itu adalah lebih baik daripada bercakap di belakang, bila disindir menangis sebentar tapi impak selepasnya amat besar. Perubahan diri yang ketara dan lebih baik dari sebelumnya.

Belajarlah menerima sindiran walaupun sebenarnya tidak begitu beradab menyindir orang. Semuanya kerana di atas paksi kebaikan dan kemaslahatan yang lebih besar pada masa hadapan.

Aku bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin pada zaman silam aku pernah melukakan hati, mencabut rasa tenang. Mungkin kata-kataku sungguh menyakitkan hati, tiada apa yang aku persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan. Maafkan aku bersama dengan doamu.

Aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik.
Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik.
Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi.

Ambil hati. Sakit hati. Pedih hati. Terasa hati. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan muram, jauh dari keceriaan. Lebih parah lagi, menjauhkan manusia dari Rabb-Nya.

Mengapa tidak untuk berhusnuzon(bersangka baik), sedangkan itu lebih mulia.
Mengapa tidak memahami, sedangkan kita bersaudara.
Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.
Mengapa tidak bersama dalam perjuangan ini, sedangkan tanggungjawab kita adalah sama.
Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kita semua adalah dai'e.

Positif menjadikan kita bersangka baik. Bersangka baik lebih menenangkan hati. Orang hebat biasanya kerana dia hebat dalam hubungan dengan Allah. Tapi ada juga yang hebat dunia sahaja, hubungan dengan Allah entah ke mana. Dia tidak bersangka baik dengan Allah apatah lagi dengan makhluknya. Adab dan akhlak dalam pengurusan hati masih lagi samar untuk diiktiraf sebagai seorang dai'e.

Sekiranya semakin kita bijak, semakin jauh diri kita daripada-Nya, maka ada sesuatu yang tidak kena dengan diri. Jauhkanlah sifat itu dari dalam diri.Apa pun, jangan resah andai ada yang membenci. Andai ada yang tidak berpuas hati. Andai ada yang tidak menyenangi. Kerana masih ramai yang mencintai kita di dunia. Resahlah andai Allah membenci kerana tiada lagi yang mencintai kita di akhirat.

Nabi SAW bersabda "Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada siapa yang dicintai-Nya dan siapa yang tidak dicintai-Nya, tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang dicintai-Nya."


cr: iluvislam.com

Wednesday, October 19, 2011

Running Man


Currently I addicted to watch Running Man. That show very fun and hilarious. I could't stop laugh if I watch that show...hahaha : D
There are 8 people that join this show Jae Suk, Suk Jin , Kim Jong Kook, Gary, HaHa, Song Ji Hyo, Gwang Soo, and Song Joong Ki. But Joong Ki have left Running Man after episode 41 due to his work. But he will become guest for episode 64, just wait
to see he back for Running Man. They have their special part in this show :


Monday Couple belong to Gary & Song Ji Hyo
Hyung and my dongsaeng belong to Kim Jong Kook & HaHa
Song-Song Sibling belong to Song Ji Hyo & Song Joong Ki
Suk Brother belong to Jae Suk & Suk Jin
The Framer or Gwangvatar belong to Gwang Soo
Same Aged Friends belong to Song Joong Ki & Gwang Soo


This show is very interesting, you will laugh loudly if u watch this show. Btw, don't watch this show alone, people might think u crazy because u will laugh alone...kekeke ^_^

If u want to download Running Man u can go to this
website iSUBS and KshowNow.


I just edit this picture from the new drama in KBS, Poseidon....hehe... sorry i'm not good in editing picture, so it look not nice (just for fun)

p/s : If someone that want to share their though or comment about this show, just inform me. I truly will share with you.
In this show i really like Song Joong Ki, he so adorable : )

The Enthusiastic Joong Ki

*sorry for my bad english : )

Friday, August 19, 2011

Jadual Final Exam Semester 3

Fuhhh...dahsyat kot jadual nie antara subjek ECO,PAD,CTU x de gap hari langsung...memang sakit otok lah...So, sbgai lngkah berjaga2 study lah awal ek rakan2, supaya kita x stress sangat. Dan yang paling x puas hati nye gap masa antara ACC n LAW punye lah lama, 10 hari kot... waaa...dah lah 9hb October tu hari paling last, mmg terbaik lah suruh kiteorg stay lama2 kat Dungun nie... Nak wat macam mne redha je lah. Nak nangis je rase nye. Sabarlah duhai hati ^__^
  • 19 Sept 2011 - BEL311 [215pm - 515pm]
  • 23 Sept 2011 - ECO 211 [830am - 1130am]
  • 24 Sept 2011 - PAD214 [900am - 1200pm]
  • 25 Sept 2011 - CTU263 [215pm - 415pm]
  • 29 Sept 2011 - ACC116 [900am - 1200pm]
  • 09 Octb 2011 - LAW245 [900am - 1200pm]


Wednesday, August 17, 2011

Everybody's Changing by Keane


You say you wander your own land
But when I think about it
I don't see how you can

You're aching, you're breaking
And I can see the pain in your eyes
Says everybody's changing
And I don't know why

So little time
Try to understand that I'm
Trying to make a move just to stay in the game
I try to stay awake and remember my name
But everybody's changing and I don't feel the same

(instrumental)

You're gone from here
Soon you will disappear
Fading into beautiful light
'cos everybody's changing
And I don't feel right

So little time
Try to understand that I'm
Trying to make a move just to stay in the game
I try to stay awake and remember my name
But everybody's changing and I don't feel the same

(solo)

So little time
Try to understand that I'm
Trying to make a move just to stay in the game
I try to stay awake and remember my name
But everybody's changing and I don't feel the same


*Best r lagu nie, saya tahu lagu nie time dengar Hotfm30 yg jmput Hazama sbgai artis undangan. Hazama kata nie antara lagu favourite die, time die nyanyi lgu nie pun best mcm sesuai je dgn suara dia.
Selamat maju jaya Hazama...kawtimm ^__^ hehee....

Kanak-kanak

Assalamualaikum w. b.t

Comel kan?? hehe... cute sangat sampai rasa nak campak kat laut (just kidding)

So ape point saya nak menulis hari nie? Hmm~~~
Kenapa dengan kanak-kanak, saya x puas hati dengan dieorg ke? X lah, sebenar nya saja je nak tulis pasal ibu bapa yg bawa anak2 kecil pergi masjid. Kalau bawa anak2 kecil tu, ingatkan lah supaya mereka x buat bising sangat. Cakap jgn main lari-lari dalam masjid. Budak2 kalau kita cakap dieorg bukan dgr sangat pun, sekejap je duduk diam pastu sambung main balik. Mase saya pergi terawih kat masjid uitm nie, ade lah beberapa org kanak2 yg berlari menjerit-jerit. Nasib baik comel, kalau x cmpk laut dah (lagi skali just kidding)...hehe... : p
So, apa cara yg kita leh buat untuk elakkan kanak-kanak buat bising...hmmm~~~
LU PIKIR LAH SENDIRI....Assalam : )

Mari lah kita tonton balik episode upin ipin solat tawarikh a.k.a terawih sbnrnya

Friday, August 12, 2011

Kelebihan membaca Al-Quran

(Group Tadarus Al-Quran)

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadhan yang ke-13, hari ini saya post tentang Al-Quran. Al-Quran merupakan wahyu teragung yang di turunkan kepada Rasulullah SAW daripada Allah SWT. Sempena bulan Ramadhan nie, makin bertambahlah ganjaran yg diberikan kepada sesiapa yg membaca Al-Quran. So,banyakkanlah bertadarus di bulan Ramdhan yg mulia ini. Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam berhimpun untuk membaca al-Quran dan bertadarus. Baginda menjelaskan kepada mereka kelebihannya antaranya: Diturunkan sakinah dan tama’ninah serta
ketenangan, rahmat dan pelbagai lagi kelebihan kepada yang cintakan al-Quran.

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:' Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan yang menjadi kemegahan umatku ialah al-Quran yang mulia." Kita dikehendaki membaca ,mendalami dan menghayati isi kandungan al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja. Membaca al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yan lain. Oleh itu membaca al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.

RAsulullah s.a.w telah bersabda bermaksud : " Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib)bahawa sebaik-baik amalan umatku ialah membaca al-Quran

Al-Quran juga merupakan satu hidangan dari Allah. Sabda Rasulullah lagi bermaksud " Sesungguhnya al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T, maka hendaklah kamu terima hidangan ALlah sebanyak mana yang kamu boleh"

Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarnya. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud : Daripada Ibnu Umar r.a berkata " Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.

Pahala membaca al-Quran

Dari Ibn Mas'ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: " Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan 'Alif Lam Mim ' satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf"

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda " Sesiapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat

dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai"

Kesimpulan :

1. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran dengan berwuduk (diluar solat) = 1 kebajikan =10 pahala

2. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (dalam solat) = 100 kebajikan = 100 x 10 = 1000 pahala

3. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (ketika berpuasa) = bykkan(cuba kira sndiri)

Jadi rajin-rajin lah membaca Al-Quran, banyak pahala yang dapat kita kumpul nanti. Pesanan ini dituju khas untuk diri saya sendiri dan semua umat Islam yg membaca post ini.


Dicopy dari e-taalim


# Cerita smpingan, semalam 12/8 U saye buat majlis Tadurus Al-Quran beramai2. Kami dibahagikan 5 org satu kumpulan dan diberi satu juzuk setiap kumpulan. Kami berjaya khatam 4 kali Al-Quran menurut kata ustaz. Alhamdulillah : )

Friday, August 5, 2011

Bunga Kertas

Nie bunga kertas yang kami buat dari sudut depan, cool kan?? hehe...


Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar anda semua? Macam mane puasa hari nie,ok? Dah masuk Ramadhan ke-5 dah kita kan. Semoga kita semakin kuat untuk terus beribadah kpd Allah SWT.

Post kali ini saya nak tunjuk hasil ke kretifan kteorg...hahaha
macam x caya je kteorg yg buat menda alah nie...ce tengok...ce tengok...

Percaya x kteorg yg buat nie?? kene percaya walaupun x prcaya...haha... cantik kan, mmg r cntik sebab kami yg buat dengan susah payah. Leka gile buat bunga nie sampai terlupa nak buka puasa...haha..
p/s: abaikan background belakang tu ek

Nie sejambak bunga kertas untuk anda semua...!!!

* untuk tempah sila hubungi 014-******* hehe : p
nak belajar wat bunga nie sila tekan web nie Kusudama Flower

Wednesday, August 3, 2011

Renungan Ramadhan

"Ramadhan bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan di hujungnya kebebasan dari api Neraka".

Gembiranya hati tidak terkira kerana masih berpeluang menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Terima kasih Ya Allah, kerana masih memberi kesempatan untuk diri ini bersama-sama mengapai rahmat dan redha-MU dalam menggandakan pahala di bulan yang mulia ini untuk menuju Syurga-MU.

Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Sesungguhnya Syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut 'Rayyan'. Akan diseru pada hari kiamat: "Mana orang yang berpuasa?" Lalu bila orang yang terakhir dari mereka telah masuk, maka pintu itupun ditutup". [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Ya Allah, diri ini tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan-MU, sesungguhnya rindu ini semakin memuncak, bila tibanya bulan yang penuh keberkatan ini, apatah lagi bagi orang yang berpuasa semata-mata kerana-MU akan dikurniakan syafaat.

Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: "Dan orang yang berpuasa itu beroleh dua kegembiraan yang menyenangkan hati: di
kala berbuka, ia akan bergembira dengan berbuka itu, dan di saat ia menemui tuhannya nanti, ia akan gembira kerana puasanya."
[Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan An-Nisa'i]

"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat bagi hamba, pada Hari Kiamat. Berkata puasa pada Hari Kiamat: "Ya Tuhan, Engkau larang ia makan dan memuaskan syahwat di waktu siang, dan sekarang ia meminta syafaat padaku kerana itu" Dan berkata pula al-Quran: "Engkau larang ia tidur di waktu malam, sekarang ia meminta syafaat padaku mengenai itu." Maka syafaat kedua merekapun diterima oleh Allah." [Hadis Riwayat Ahmad]

"Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu." [Hadis Riwayat Ahmad dan Ashabussunan]

Sesungguhnya puasa itu banyak hikmah dan faedahnya.

Antara hikmah dan faedah puasa ialah:

i. Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah
perhatian Allah.

ii. Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.

iii. Allah menghendaki semua hamba-Nya memenuhi bulan tersebut dengan
amalan ketaatan dan taqarrub kepada-Nya.

iv. Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan
memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat-sifat keras hati dan
keterlalulan.

v. Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin


sumber : http://www.iluvislam.com/tazkirah/bulan-islam/3280-renungan-ramadhan.html


Selamat berpuasa, selamat berbuka n selamat bersahur ^_^

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang
banyak.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
kepada para pembaca blog sekalian. Semoga segala amalan kita pada puasa kali ini makin meningkat dan diberkati ALLAH. Amin... : )
Wahai orang‐orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa
sebagaimana diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu daripada kamu supaya
kamu bertaqwa

Saturday, July 23, 2011

Beg Comel

Apa nie?? It look cute kan...hehe...mmg lah semua barang2 warna hijau cantik,sedap mata memandang : D

Nie gmbr penuh nye, beg yg comel nie saya beli kat Kuantan Parade pada 22hb Julai... Sekarang ada sales kat KP, penghabisan stok kot sampai 31 July nie. So sesiapa yg dkt ngan KP tu,gi r jenguk2 kot2 lah ada brg berkenan di hati...hehe ^_^

Renungan bersama :

☑ Yang Singkat Itu WAKTU.
☑ Yang Menipu Itu DUNIA.
☑ Yang Dekat Itu KEMATIAN.
☑ Yang Besar Itu HAWA NAFSU.
☑ Yang Berat Itu AMANAH.
☑ Yang Mudah Itu BUAT DOSA.
☑ Yang Susah Itu SABAR.
☑ Yang Sering Lupa Itu BERSYUKUR.
☑ Yang Mendorong Ke Neraka Itu LIDAH.
☑ Yang Berharga Itu IMAN.
☑ Yang Ditunggu Allah Itu TAUBAT

^_^ Terima kasih sudi membaca post kali ini ^_^

Saturday, July 2, 2011

Mock Restaurant


Adakah anda semua tertanya-tanya ape tujuan saya post kali ini. Saje je boring lepas habis modul petang nie, so sje menge'post' gmbr makanan yg kami pergi minggu2 lepas kat Mock Restaurant, kat Hotel Uitm nie. Kami jadi customer utk dak2 serving and culinary nie. So, kene r berlakon sikit...hahahah... Masuk2 restaurant latihan tu, kiteorg dah jadi culture shock dah...haha... yek r,kene formal kot. Duduk kerusi waiter tarik, isi kain tu pon diorg wat n se lagi dieorg speaking babe. WoW O_O
Kami saya, anum and kema hanya diam membatu, macam terkena kejutan budaya je : D
Maklum lah baru first time gi makan kat tmpt formal macam tu, rase mcm nak kuar je makan kat kedai mamak. Dah r dia hidang makanan lambat2...biasa lah kan, nama pon hotel mula2 ade appertizer r,main course r, pencuci mulut lah n macam-macam lagi. Penat gak r nak menunggu, tapi apa kan daya sebab dah lapar sangat tunggu je r ngan muka kelaparan. Mula2, datang pinggan yg berisi tomata kecik yg ada 3 biji je dlm pinggan tu, kteorg terus pandang sesama sendiri, sambil berkata2 melalui mata "apa yang kita makan nie"? So ape lagi kteorg dgn muka terpaksa telan je lah tomato2 tu, dah habis dieorg angkat pinggan and hidang kan sup ketam. Sup ketam tu bukan ade ketam seekor, cuma ade mcm pati ketam n ade isi ketam sikit2. Then, mkn smoked breast?? Ape tu, itu bhagian dada ayam kot, kteorg pun x pasti. Kteorg makan je, cuma x sedap sangat r sebab dia macam separuh masak >_<

Hanya 3 makanan di bawah nie je yang menepati selera kiteorg. Kira makanan paling best malam tu r. Beef steak, oreo cheess cake and roti tu...hahaha...






Apa pendapat anda? Nampak best kan, jgn sampai meleleh air liur tu....hehehe...

Malas dah nak tulis,bye ^__^


Sunday, May 15, 2011

Fast & Furious Fast Five !!!

Aku tahu lah dah lame movie nie keluar,bulan april kan kalau x silap. Ape2 je lah.
Btw pada 15/5/2011 aku & rakan2 seperjuangan syaz,areen & sherin telah keluar date...hahaha... Kteorg keluar gi East Coast Mall (ECM) je. Apa kiteorg buat???
hmm~~~ first2, aku and areen tggu kedatangan cik syaz n sherin,then jalan-jalan cari makan,sbb aq lapar...hahaha...pelahap betul >_<
Kiteorg mkn kat Johnny jep, x pe2 asalkan mkn. Alhamdulillah
Selepas agak kenyang kiteorg masuk wayang hall 5,tgk cite ape?? Cite kat atas tu r, fast n furious fast five. Best wooooo.... Sherin dah tgk 3 kali,so die masuk wyg die trus melelapkan mata...wahahaha... : D
After that, kteorg gi solat then gi beli big apple n balik. Malas nak citer dah,penat lah.
Lupe nak cite kiteorg pon ade gi karoke,sherin belanja. Terima kasih sherin...sama2...hehe
Banyak gak kami snapp picta tapi semua pic ade kat camera sherin, so nanti2 r aq upload kat blog nie...sampai sini je aq nak cite. Terima kasih kpd yg membaca. Have a nice day peeps.

Pape pon aku nak tulis yg cite fast five nie memang best, penuh aksi n kasih sayang...wahh!!!
Xsabar nak tggu sambung die... ^__^

untuk maklumat lanjut kita intai blog nie http://areenthemonster.blogspot.com/
hehe...




Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu !!!!



Selamat Hari Ibu kepada ibu saya Roskamilah Nor. Saya sayang ibu selamanya. Terima kasih kerana telah melahirkan,menjaga, n mendidik saya sampai sekarang. Semoga saya dapat membahagiakan & membalas jasa ibu.




Saturday, April 30, 2011

..::Tamat sudah Semester 2::..(30/4/2011)


Assalamualaikum w.b.t,

Hohoo,hello semua... Hari nie aku agak happy lah sebabkan exam dah habis...Yeahhh!!!!! : D
Akhirnya,habis jugak semester 2. Awal bulan Jun,nanti aku akan masuk semester 3 plak. Makin mencabar lah subjek yang kene amek n makin busy dgn aktiviti kelab. Ape yang aku nak story,habis je exam PAD190 tadi kiteorg naik bilik siap dlm pukul 6 lebih trus turun n gi kat pantai sebab nak siapkan tempat BBQ. Kiteorg satu class,AM1102PC buat BBQ tu sempena dah hbes exam n saje enjoy2 sebelum bercuti. Seronok sangat, dak2 lelaki lah yg paling2 bersemangat nak membakar2 ayam nie. Acara last,ape lagi main baling2 tepung r...hahaha...padan muke sape yg kene tepung byk2 tu,dah macam zombie masuk U dah aq tgk...wahahaha...Okay r, jam menunjukkan pukul 4.38am, so aku dh ngantuk. After dah balik kuantan nanti aku akan post gmbr2 time kiteorg wat BBQ.


Tata...!!!