Friday, August 19, 2011

Jadual Final Exam Semester 3

Fuhhh...dahsyat kot jadual nie antara subjek ECO,PAD,CTU x de gap hari langsung...memang sakit otok lah...So, sbgai lngkah berjaga2 study lah awal ek rakan2, supaya kita x stress sangat. Dan yang paling x puas hati nye gap masa antara ACC n LAW punye lah lama, 10 hari kot... waaa...dah lah 9hb October tu hari paling last, mmg terbaik lah suruh kiteorg stay lama2 kat Dungun nie... Nak wat macam mne redha je lah. Nak nangis je rase nye. Sabarlah duhai hati ^__^
  • 19 Sept 2011 - BEL311 [215pm - 515pm]
  • 23 Sept 2011 - ECO 211 [830am - 1130am]
  • 24 Sept 2011 - PAD214 [900am - 1200pm]
  • 25 Sept 2011 - CTU263 [215pm - 415pm]
  • 29 Sept 2011 - ACC116 [900am - 1200pm]
  • 09 Octb 2011 - LAW245 [900am - 1200pm]


Wednesday, August 17, 2011

Everybody's Changing by Keane


You say you wander your own land
But when I think about it
I don't see how you can

You're aching, you're breaking
And I can see the pain in your eyes
Says everybody's changing
And I don't know why

So little time
Try to understand that I'm
Trying to make a move just to stay in the game
I try to stay awake and remember my name
But everybody's changing and I don't feel the same

(instrumental)

You're gone from here
Soon you will disappear
Fading into beautiful light
'cos everybody's changing
And I don't feel right

So little time
Try to understand that I'm
Trying to make a move just to stay in the game
I try to stay awake and remember my name
But everybody's changing and I don't feel the same

(solo)

So little time
Try to understand that I'm
Trying to make a move just to stay in the game
I try to stay awake and remember my name
But everybody's changing and I don't feel the same


*Best r lagu nie, saya tahu lagu nie time dengar Hotfm30 yg jmput Hazama sbgai artis undangan. Hazama kata nie antara lagu favourite die, time die nyanyi lgu nie pun best mcm sesuai je dgn suara dia.
Selamat maju jaya Hazama...kawtimm ^__^ hehee....

Kanak-kanak

Assalamualaikum w. b.t

Comel kan?? hehe... cute sangat sampai rasa nak campak kat laut (just kidding)

So ape point saya nak menulis hari nie? Hmm~~~
Kenapa dengan kanak-kanak, saya x puas hati dengan dieorg ke? X lah, sebenar nya saja je nak tulis pasal ibu bapa yg bawa anak2 kecil pergi masjid. Kalau bawa anak2 kecil tu, ingatkan lah supaya mereka x buat bising sangat. Cakap jgn main lari-lari dalam masjid. Budak2 kalau kita cakap dieorg bukan dgr sangat pun, sekejap je duduk diam pastu sambung main balik. Mase saya pergi terawih kat masjid uitm nie, ade lah beberapa org kanak2 yg berlari menjerit-jerit. Nasib baik comel, kalau x cmpk laut dah (lagi skali just kidding)...hehe... : p
So, apa cara yg kita leh buat untuk elakkan kanak-kanak buat bising...hmmm~~~
LU PIKIR LAH SENDIRI....Assalam : )

Mari lah kita tonton balik episode upin ipin solat tawarikh a.k.a terawih sbnrnya

Friday, August 12, 2011

Kelebihan membaca Al-Quran

(Group Tadarus Al-Quran)

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadhan yang ke-13, hari ini saya post tentang Al-Quran. Al-Quran merupakan wahyu teragung yang di turunkan kepada Rasulullah SAW daripada Allah SWT. Sempena bulan Ramadhan nie, makin bertambahlah ganjaran yg diberikan kepada sesiapa yg membaca Al-Quran. So,banyakkanlah bertadarus di bulan Ramdhan yg mulia ini. Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam berhimpun untuk membaca al-Quran dan bertadarus. Baginda menjelaskan kepada mereka kelebihannya antaranya: Diturunkan sakinah dan tama’ninah serta
ketenangan, rahmat dan pelbagai lagi kelebihan kepada yang cintakan al-Quran.

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:' Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan yang menjadi kemegahan umatku ialah al-Quran yang mulia." Kita dikehendaki membaca ,mendalami dan menghayati isi kandungan al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja. Membaca al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yan lain. Oleh itu membaca al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.

RAsulullah s.a.w telah bersabda bermaksud : " Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib)bahawa sebaik-baik amalan umatku ialah membaca al-Quran

Al-Quran juga merupakan satu hidangan dari Allah. Sabda Rasulullah lagi bermaksud " Sesungguhnya al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T, maka hendaklah kamu terima hidangan ALlah sebanyak mana yang kamu boleh"

Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarnya. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud : Daripada Ibnu Umar r.a berkata " Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.

Pahala membaca al-Quran

Dari Ibn Mas'ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: " Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan 'Alif Lam Mim ' satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf"

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda " Sesiapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat

dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai"

Kesimpulan :

1. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran dengan berwuduk (diluar solat) = 1 kebajikan =10 pahala

2. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (dalam solat) = 100 kebajikan = 100 x 10 = 1000 pahala

3. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (ketika berpuasa) = bykkan(cuba kira sndiri)

Jadi rajin-rajin lah membaca Al-Quran, banyak pahala yang dapat kita kumpul nanti. Pesanan ini dituju khas untuk diri saya sendiri dan semua umat Islam yg membaca post ini.


Dicopy dari e-taalim


# Cerita smpingan, semalam 12/8 U saye buat majlis Tadurus Al-Quran beramai2. Kami dibahagikan 5 org satu kumpulan dan diberi satu juzuk setiap kumpulan. Kami berjaya khatam 4 kali Al-Quran menurut kata ustaz. Alhamdulillah : )

Friday, August 5, 2011

Bunga Kertas

Nie bunga kertas yang kami buat dari sudut depan, cool kan?? hehe...


Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar anda semua? Macam mane puasa hari nie,ok? Dah masuk Ramadhan ke-5 dah kita kan. Semoga kita semakin kuat untuk terus beribadah kpd Allah SWT.

Post kali ini saya nak tunjuk hasil ke kretifan kteorg...hahaha
macam x caya je kteorg yg buat menda alah nie...ce tengok...ce tengok...

Percaya x kteorg yg buat nie?? kene percaya walaupun x prcaya...haha... cantik kan, mmg r cntik sebab kami yg buat dengan susah payah. Leka gile buat bunga nie sampai terlupa nak buka puasa...haha..
p/s: abaikan background belakang tu ek

Nie sejambak bunga kertas untuk anda semua...!!!

* untuk tempah sila hubungi 014-******* hehe : p
nak belajar wat bunga nie sila tekan web nie Kusudama Flower

Wednesday, August 3, 2011

Renungan Ramadhan

"Ramadhan bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan di hujungnya kebebasan dari api Neraka".

Gembiranya hati tidak terkira kerana masih berpeluang menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Terima kasih Ya Allah, kerana masih memberi kesempatan untuk diri ini bersama-sama mengapai rahmat dan redha-MU dalam menggandakan pahala di bulan yang mulia ini untuk menuju Syurga-MU.

Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Sesungguhnya Syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut 'Rayyan'. Akan diseru pada hari kiamat: "Mana orang yang berpuasa?" Lalu bila orang yang terakhir dari mereka telah masuk, maka pintu itupun ditutup". [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Ya Allah, diri ini tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan-MU, sesungguhnya rindu ini semakin memuncak, bila tibanya bulan yang penuh keberkatan ini, apatah lagi bagi orang yang berpuasa semata-mata kerana-MU akan dikurniakan syafaat.

Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: "Dan orang yang berpuasa itu beroleh dua kegembiraan yang menyenangkan hati: di
kala berbuka, ia akan bergembira dengan berbuka itu, dan di saat ia menemui tuhannya nanti, ia akan gembira kerana puasanya."
[Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan An-Nisa'i]

"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat bagi hamba, pada Hari Kiamat. Berkata puasa pada Hari Kiamat: "Ya Tuhan, Engkau larang ia makan dan memuaskan syahwat di waktu siang, dan sekarang ia meminta syafaat padaku kerana itu" Dan berkata pula al-Quran: "Engkau larang ia tidur di waktu malam, sekarang ia meminta syafaat padaku mengenai itu." Maka syafaat kedua merekapun diterima oleh Allah." [Hadis Riwayat Ahmad]

"Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu." [Hadis Riwayat Ahmad dan Ashabussunan]

Sesungguhnya puasa itu banyak hikmah dan faedahnya.

Antara hikmah dan faedah puasa ialah:

i. Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah
perhatian Allah.

ii. Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.

iii. Allah menghendaki semua hamba-Nya memenuhi bulan tersebut dengan
amalan ketaatan dan taqarrub kepada-Nya.

iv. Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan
memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat-sifat keras hati dan
keterlalulan.

v. Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin


sumber : http://www.iluvislam.com/tazkirah/bulan-islam/3280-renungan-ramadhan.html


Selamat berpuasa, selamat berbuka n selamat bersahur ^_^