Thursday, October 21, 2010

PeTua MenCuci HaTi


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)

14. Berkawan dengan ulama'.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain)

+++ Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah

Friday, May 14, 2010

Jom Kahwin!!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Mengapa perlu berkahwin???

Persoalan di atas adalah soal pokok terutamanya mereka yang akan berkahwin, 'bercouple', dan juga kepada mereka yang tidak mahu berkahwin samada takut, risau, serta alasan yang lain. (Kecuali mereka yang mempunyai penyakit yang boleh mendatangkan bahaya atau kecacatan kepada pasangan seperti HIV, AIDS, sopak dan kusta. Serta mereka yang mempunyai sikap yang jahat, tidak mahu/mampu memberi nafkah kepada isteri, mahu mendera dan membalas dendam ke atas isteri/suami).

Perkahwinan sebenarnya adalah untuk menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh ALlah. Manusia mempunyai keinginan dan kehendak terutamnya di dalam persoalan seksual. Islam telah menetapkan jalan di mana perkahwinan sahajalah yang menjadi penyelesai masalah bagi memenuhi tuntutan tersebut.

Dari Abi Samrah r.a menyatakan :

Nabi melarang daripada hidup membujang.

(Riwayat at Tirmidzi dalam kitab perkahwinan, bab meninggalkan perkahwinan).

Saad bin Abi Waqqas r.a berkata :

"RasuluLLah telah menolak permohonan Osman bin Maz'un untuk hidup membujang. Kalaulah RasuluLlah membenarkannya nescaya kami akan mengembiri.

(Riwayat Muslim dlam Kitab Nikah, bab sunat berkahwinan bagi sesiapa yang berkeinginan, nombor 1402).

Di zaman ini, lihatlah, terdapat antara kita yang mempunyai keinginan tetapi disalurkan di jalan yang dimurkai ALLah. Ada yang menolak perkahwinan tetapi mereka tidak dapat membendung keinginan serta menjauhkan diri dari fitnah terhadap lelaki dan wanita. Ia sendiri tidak dapat menjaga diri dari anasir yang tidak elok. Akhirnya ada yang telah menghampiri kepada zina serta menjerumuskan diri di dalamnya. Anak-anak luar nikah dikandungnya, ada yang dibunuh, dibuang, dan juga dibela.

Ada juga yang mengatakan ingin sahaja membela anak angkat. Sayangnya di dalam Islam, anak angkat tidak pula dibolehkan mewarisi hartanya. Di masa tua pula, ia tetap juga merasa kesepian dan kelainan disebabkan anak yang dibela sejak kecil tetap bukan anak dari darah dagingnya sendiri.



Perkahwinan untuk melahirkan keturunan yang soleh dan berkualiti


Sabda RasuluLLah s.a.w yang bererti :

"Kahwinilah perempuan yang pengasih dan mampu melahirkan ramai anak kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat.

(Riwayat Abu Daud dalam sunannya : KItab nikah, bab larangan daripada menikahi perempuan yang tidak boleh melahirkan anak, nombor 2050; An Nasai dalam kitab nikah, bab makruh mengahwini perempuan mandul, nombor 65/6)

Dengan jalan yang halal ini, maka ia dapat membentuk institusi kekeluargaan sekaligus institusi masyarakat Islam yang dipenuhi dengan generasi yang berkualiti. Jauh bezanya dengan anak yang lahir dari perbuatan zina. Mereka adalah generasi yang terbuang yang tidak mengenali sama sekali siapakah ibu dan ayah mereka. Mereka lahir dalam keadaan jiwa yang membenci dan dendam kepada kedua orang tuanya, masyarakat sekeliling dan manusia keseluruhannya.


Jiwa tenang dengan jalan pernikahan

Perkahwinan yang halal akan menghasilkan ketenangan dan ketenteraman. Firman ALLah ta'ala yang bererti :

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".

(Ar Rum :21)

Berapa ramai manusia yang menolak perkahwinan fikiran dan hatinya tidak berasa tenang, tiada teman untuk dikongsi masalah? Tidak dapat merasakan hubungan halal antara lelaki dan wanita melalui jalan perkahwinan? Fikiran sentiasa runsing dengan masalah-masalah yang tidak terluah yang mengegarkan jiwa dan fikiran, perasaannya tertekan, kemurungan lalu membawa kepada perasaan malu dan pesimis.


Perkahwinan meluaskan persaudaraaan dan membina prinsip kerjasama


Sebelum perkahwinan - kita akan fikir untuk hidup buat diri sendiri sahaja. Kurang bertanggungjawab dan kematangan dalam pengurusan hidup. Solat bersendirian, berdoa, tawa dan tangis juga berseorangan.

Sebelum berkahwin - tidak banyak ilmu yang ditimba untuk menjadikan diri sebagai individu Muslim yang dapat menjalankan tugas sebagai khalifah yang lebih sempurna. Kita tidak kenal istilah suami dan isteri, ibu dan bapa serta anak. Tidak juga mengetahui apa itu munakahat yang menyentuh tentang bab kekeluargaan seperti talaq, khuluq, hadonah (hak penjagaan anak), aqiqah dan sebagainya. Maka dengan jalan perkahwinan menjadikan diri bersiap sedia dengan ilmu untuk menguruskan sebuah keluarga. Seorang suami sebagai imam solat dan pemimpin, isteri sebagai teman dan pendokong kepada suaminya di kala susah dan senang.

Isteri akan membantu suami di dalam urusan seharian, makan pakainya, tempat tinggal dan anak-anak. Suami pula akan bersama di dalam mencari rezeki yang halal, mempertahankan, melindungi dan memelihara kehormatan isteri.

Dengan jalan halal yang telah digariskan oleh Islam, daerah persaudaraan akan semakin meluas. Saling kenal mengenali antara sesama dua keluarga yang telah disatukan di atas jalan ini. Ia akan melahirkan suatu ikatan baru dan saling berkasih sayang antara satu dengan yang lain.

Carilah saluran yang halal, dengan jalan perkahwinan dapat menjamin kesejahteraan masyarakat, menyebarkan kebaikan, penjagaan akhlak serta pengekalan keturunan manusia.

"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, ALLah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana ALlah amat luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui".

(An Nur : 32)




* Penulis adalah Ustaz Mohd Zul bin Roslan. Beliau merupakan salah seorang moderator agama iLuvislam.com. Artikel ini diambil dari blognya: DI SINI

Thursday, May 13, 2010

Lagu yg best!!!

Cinta dan Anugerah





Adamaya


Monday, May 3, 2010

Diploma Pentadbiran Awam!!!!!




SURAT TAWARAN


NURFARIHAH BINTI KHAIRUL ANUAR


Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan tempat untuk mengikuti program di UiTM:

Program: (AM110)Sepenuh Masa
DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM
FAKULTI SAINS PENTADBIRAN & PENGAJIAN POLISI

Kampus: T - UiTM Kampus Dungun Semester: JULAI 2010


Sila datang mendaftar di tempat yang ditetapkan.

Tempat: UITM KAMPUS DUNGUN
SURA HUJUNG, 23000 DUNGUN, TERENGGANU

Tarikh: 26/6/2010 Masa: 8:30AM - 4:30PM


Kemudahan dan Bayaran

Anda dikenakan bayaran yuran pengajian satu semester, SILA RUJUK BIL BAYARAN untuk membiayai pengajian anda di UiTM

Kemudahan kolej kediaman : DISEDIAKAN




# Sye dah terima tawaran uitm nie,tp x de pun kwn2 sk yg same ngan sye
so naty dah masuk uitm tu kne r rajin2 cari kwn baru....heheehe : )
# Tarikh daftar lmbt lagi 26 jun naty,so sye masih berpeluang menikmati
duduk di rumah...
# Yang sedih nye ramai kwn2 nak p matrik dah,dieorg msk 10 mei nie...
pasnie x dpt jmpe dah r,kne tnggu cuti r...dak2 yg dpt asasi pon msk dlm bulan
mei nie,so x leh nak msj2 dieorg sgt coz awal2 msk u mesti byk aktiviti nye....
# Kpada rakan2 yg nak g blajar dah tu,jgn lupe kat aq ek...
Luv u all so much!!!! ♥♥♥

Thursday, April 1, 2010

Renunglah!!!!!




Bila sahabat kata SUKA,
tak semestinya dia CINTA..
ini kerana anda TEMAN yang layak diSUKA..

Bila sahabat kata CEMBURU,
tak semestinya dia CINTA..
ini kerana anda TEMAN yang HEBAT bila menjalin PERSAHABATAN..

Bila sahabat kata RINDU,
tak semestinya dia CINTA..
ini kerana dia RINDU pada TEMAN sebaik anda..

Maknanya...
Saya berhak kata saya SUKA pada awak,
CEMBURU bila awak ketepikan saya,
RINDU bila awak lupa pada saya...


Novel yg patut di beli!!!!!





Syahiman lelaki berwajah tampan cuba menyembunyikan kelebihannya itu dengan berpenampilan selekeh semata-mata untuk mendapatkan cinta sejati. Dia mahu mencari wanita yang benar-benar dapat menerima kekurangan dirinya. Akhirnya cintanya diterima Fazira. Fazira menghina paras rupa, kekurangan dan kerjaya Syahiman yang tidak menjamin masa depan. Apa yang berlaku seterusnya?

SINOPSIS :

Syahiman lelaki berwajah tampan cuba menyembunyikan kelebihannya itu dengan berpenampilan selekeh semata-mata untuk mendapatkan cinta sejati. Dia mahu mencari wanita yang benar-benar dapat menerima kekurangan dirinya. Akhirnya cintanya diterima Fazira. Fazira menghina paras rupa, kekurangan dan kerjaya Syahiman yang tidak menjamin masa depan. Akibat penghinaan itu, Syahiman membawa diri jauh dari Fazira, Tiara dan Haizul. Hidupnya telah berubah serta-merta. Kini dia adalah seorang lelaki tampan dan hidup mewah.

Tiara yang turut menaruh hati pada Syahiman terseksa kerana terpaksa memendam cinta dan perasaan dengan tabah. Tiara sanggup bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Syahiman.

Fazira pula kian berubah dan menaruh dendam yang tidak berkesudahan kerana marah cintanya ditolah Haizul. Fazira nekad untuk memburu setiap insan yang mengecewakannya.

Tuesday, March 30, 2010

Rahsia pemakanan gadis Jepun






Sebelum saya beritahu rahsia nye,sila tgk gambar rakan2 naruto
yang comel2 nie ek....hehehehe = )

Gadis jepun sangat terkenal dgn bentuk tubuh yg langsing dan cantik kan???
Rahsia mereka mudah!!! Mereka hanya mengamalkan pemakanan yg sihat....


1. IKAN

Tahukah anda wanita Jepun makan ikan sekitar 69kg setahun. Ia bukan sahaja bagus utk diet,bahkan baik utk kesihatan. Ikan kegemaran mrk ialah ikan salmon.




2. KICAP

Kicap dan sushi mmg tdak boleh dipisahkan daripada org Jepun!
Mengikut kajian, penggunaan kicap di negara Jepun 10 kali lebih byk berbanding
negara2 lain di dunia. Kicap pilihan mrk bukan sahaja rendah lemak dan kalori,
bahkan tinggi protein.





3. BUAH DAN SAYURAN SEGAR

Jika kita inginkan tubuh yang langsing,sayur-sayuran dan buah-buahan segar merupakan
teman terbaik bagi DIET. Gadis2 Jepun bukan sahaja gemarkan sayuran,bahkan buah-buahan juga sdh menjadi manisan wajib bg mereka.








4. SOYA

Gadis Jepun amat mengemari makanan yg berasaskan soya!!!





5. MAKAN MEE

Wanita Jepun gemarkan mee seperti soba,udon,ramen, dan somen. Namun berbeza dgn mee buatan Malaysia. Justeru kita perlu memilih mee yang benar2 baik untuk kesihatan.





6. MAKAN NASI

Mereka hanya makan dua mangkuk kecil nasi dalam sehari.




7. PELBAGAI JENIS MAKANAN

Kebanyakan masyarakat Jepun gemarkan pelbagai jenis makanan dalam
menu harian mereka.


8. SARAPAN SIHAT

Jika di Malaysia,menu sarapan pagi lebih sedikit berbanding tng hari atau malam.
Namun berbeza dgn masyarakat Jepun,jumlah makanan yg mereka makan di waktu pagi
lebih banyak berbanding siang dan malam.



Sampai sini sahaja dpt saya tulis ek...
Selamat membaca dan semoga anda mendapat info yg berguna...