Thursday, April 14, 2011

Study Week sudah bermula....!!!


Study week dah bermula,argghhh ~~~
Semua buku bersorak keriangan krn akhirnye tuan nya membuka & membaca nya...haha

Macam nie rupenya tuan punya buku...aduyaii!!! o_O

Hari aku nak kongsi cara-cara menghilangkan stress stdy yg terlampau, antara cara yang aku tahu :
  • Selepas berlambak-lambak fakta @ formula kita ingat rehat sebentar bersama Kitkat, tarik nafas dalam-dalam then lepas slow-slow, buat lah berulang-ulang kali supaya oksigen dpt dibekalkan ke otak kita. Pastikan anda amek oksigen jew,jgn tarik hidrogen skali...haha (melawak jap)
  • Then,tempat yang korang nak stdy tu mestilah luas,bersih,tenang,selesa. Kalau aku lagi suka study kat tempat yg ada meja n kerusi and luas r,senang aku nak sepah kan buku2, kertas2 and segala bagai alat tulis...haha...

Aku prefer bilik macam nie luas dan warna hijau,tp kalau boleh meja tu kasi besar lagi
  • Selain tarik nafas dalam2,korg boleh gak regangan tangan, kaki n kepala. Sebab kita dah duduk lama so haruslah seluruh anggota badan lenguh2. Korang boleh berdiri n keluar bilik jalan2 jap,mengeliat @ buat rengangan lembut. Kalau yg suka mematah-matahkan jari tu mesti die akan rase nikmat gler bile dgr kruk krak kruk krak(bunyi jari dipatah2kan).
  • Korang boleh gak nak praktik kan jeritan ngeri korang tp tgk tempat lah ek, org kate menjerit pon dpt lepas kan stress,tp aku x pernak try lagi lah. Takot aq try nanti cair taik telinga semua org,hahaha... : p
  • Selesaikan dulu segala problem yg berserabut dalam otak korang. Kalau korang biarkan masalah2 tu menyemak dlm otak korg nanti semua yg korg stdy x masuk punye. Mintak lah bantuan rakan-rakan @ org terdekat. Luahkan dan cari jalan penyelesaian.

Jangan serabotkan otak anda!!!
  • Then,keluar lah bersukan. Korang semua mesti ada sukan yg diminati kan?? Contohnya,main badminton,chess,berlari,main batu seremban ke,jogging ke and byk lagi lah. Jgn asyik duduk bilik stdy jep,x berkembang otak tu. Kalau kolej dkt ngan pantai macam aq nie boleh lah jalan2 kat pantai smbil cuci mata and otak....hahaha

Macam2 sukan kite boleh buat,majulah sukan utk negara!!!
  • Tidur. Nie memang aktiviti yg paling aku suka lah...hahaha... Jangan terlalu memaksa diri utk study. Otak kita juga memerlukan rehat. Masa kita tidur otak akan susun balik ingatan kita,so tidur sgt penting.
  • Last but not least, solat dan baca Al-Quran. Nie adalah cara yang paling mujarab antara byk2 cara. Jika kita ingin melakukan sesutu,kembalilah kepada Allah SWT. Berzikir pon dapat menguatkan ingatan,so byklah berzikir.


Banyak lagi cara sebenarnya,tapi tu terpulang kpd diri masing-masing,bak kate pepatah tepuk dada,tanya selera. Aku hanya memberi beberapa cadangan. Tapi alang2 tu aku nak bagi nasihat gak kpd diri aku dan rakan2 yg lain, jangan lah asyik on9 FB je,nanti terkena badi on9 fb. Aku pon dlm usaha nak kurangkan kadar mengonline fb. Wish me luck : D





Pesanan penaja :
Good luck kpd semua rakan2 yg nak exam,study smart not study hard. Semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat. Amin : )

p/s : kpd Cik Syazwani y gedik a.k.a Kak Long good luck 4 ur last paper chemistry. Buat molek2,x ingat formula ingt aq, mesti formula tu aq muncul tbe2...haha : p

Saturday, March 12, 2011

Wanita hiasan dunia,seindah wanita adalah wanita solehah








Hayati lagu ini,best.... : D

Classmate ku di uitm Dungun AM1102PC

Nie gambar kelas kiteorang...segak2 kan kteorg semua...Yang tengah tu mmg ade gaye pengetua kan...harap maaf,background gmbr2 nie x bape cntek,nmpk sgt bgunan uitm yg dh berkarat tu...tp lighting die okay r...coz dkt ngan padang,angin pon sepoi2 language gitu...hehe

Nie gaye free pose plak...

Candid terkejut den...hahaha...nie bkn terkejut tapi pertandingan sape nganga mulut paling luas...hahaha... : D

Nie gambar GG girlz' sebelum gmbr sebenar dia ambil....pilih2 selonggok 2 inggit,sape nok order kat tuan pnye blog nie...hehehe...i nie dealer >_<

The last photo,gmbr group untuk assgnment Pad170,Pad190,Eco162,Bel151....
(ape kod2 nie,x faham?? bukan no ekor ek)
buat2 faham je r...tu kod subjek kteorg sem2 nie kat uitm...huhuu

Sebelum saya akhiri post kali ini,saya nak berpantun 2 kerat sikit :

Hari-hari dak laki mengayat,
semoga persahabatan kita kekal ke akhir hayat... : p





Saturday, February 19, 2011

Syaitan itu Kreatif !!!



Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini?

"Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia," jelasnya. Saya tersenyum. Ada kebenarannya.

Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuan.

Malangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenaran...tidak se'dinamik' dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga.

Begitulah. Semoga kisah dialog di bawah boleh dijadikan cabaran untuk minda bagi terus memperjuangkan kebenaran. Kita mesti lebih kreatif daripada syaitan!

KISAH TIDAK LAMA DULU

Bertemu dengannya dahulu merupakan satu penghormatan. Apa tidaknya, dia sudah berubah ke arah kebaikan.

"Mengapa tiba-tiba?" tanya saya.

"Hidayah bang..." jawabnya si dia pendek.

"Bagaimana dengan segalanya?" Risau saya dengan profesyennya.

"Allah ada. Allah akan membantu segalanya."

"Syukur," kata saya perlahan.

Setahun kemudian.

"Lihat ini.." kata seorang sahabat sambil menghulurkan sekeping gambar.

"Betul ke ni?"

"Apa kau ingat ini 'super-impose'?"

Saya terdiam. Kaku.

"Mana pergi tudungnya?"

"Itu.." tuding jari saya kepada tudung merah di atas kepalanya.

"Itu tudung?"

"Yalah, bertudung tapi tidak menutup aurat."

"Bertutup tapi terbuka, tahupun..." katanya seakan menyindir.

Bila kenalan itu pergi, saya tatap sekali lagi gambar yang ditinggalkan. Kasihan saya melihat wajah si dia yang terbaru. Terasa, betapa kekadang hidayah datang dan pergi berselang-seli. Masih terbayang tangisannya tempoh hari, ketika menceritakan bagaimana terbuka pintu hatinya menginsafi dosa-dosa lampau.

"Bang saya insaf bang..."

Lantas, tanpa sesiapa yang memaksa... dia mengenakan tudungnya. Lengkap, labuh, menutup aurat berpandukan syariat. Tidak jarang, tidak ketat, tidak mengundang fitnah bertandang. Sempurna. Sejuk, mata memandang. Dingin kalbu merasakan.

Betapa hidayah itu singgah tanpa mengira siapa, di mana dan bila? Dulu si dia terpilih, sekarang kembali tersisih?

Kini tiba-tiba segalanya semacam 'ditarik' kembali. Tudungnya makin singkat. Dari mulanya di bawah paras dada, naik ke paras leher dan akhirnya kembali membuka leher, dagu dan... Paling malang, tingkah yang dulunya mula terjaga, kini lepas bebas kembali.

Kata sesetengah yang setuju, biarlah... itu lambang Islam dinamik. Bertudung tapi masih boleh meliuk-lentuk, terkinja-kinja dan bersuara manja. Yang penting hati... Asal hati baik, tidak mengapa. Yang penting isi, kulit tak apa.

Kalau begitu kenapa dulu perlu bertukar kulit? Insaf dan taubat sahajalah, tak payah bertudung litup seperti kelmarin!

Saya teringat kuliah yang pernah disampaikan oleh seorang ulama satu ketika dahulu:

"Syaitan terlalu kreatif..." Kreatif? Bisik hati saya.

"Kekadang syaitan tidak menghasut manusia meninggalkan daerah putih menuju daerah hitam... Tetapi dia mengujudkan lebih banyak daerah 'grey' – warna keperang-perangan, yang hakikatnya bukan lagi kebenaran."

Terfikir saya, inilah jerangkap kebatilan yang dianggap kebenaran. Topeng baik bagi melempiaskan kejahatan yang dulunya terpendam. Ya, syaitan terlalu kreatif. Ada-ada sahaja 'was-was' baru yang ditiupkan ke jiwa insan agar meminggirkan jalan Tuhan.

Hasilnya, sekarang kita dapat lihat bagaimana ada gadis bertudung di kalangan Mat Rempit. Ada wanita bertudung yang melalak dengan gaya bebas terbabas dari nilai akhlak dan kesopanan.Atau peragawati bertudung dengan langkah 'catwalk' dengan dada, 'make-up' galak sambil yang mengundang pesona dan 'aura' dosa. Dan lebih 'daring' lagi kita dapat lihat tarian ala-ala gelek oleh gadis bertudung... Atau sekarang pun sudah ada bunga-bunga munculnya Rockers wanita bertudung? Ah, apa ni? Daerah 'grey'? Atau segalanya sudah hitam, kelam, kusam.

Teringat juga saya pesan daripada seorang yang saya sangat hormati kerana ilmu dan kewarakannya:

"Tudung wanita itu ada empat... tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati."

Apa ertinya?

"Tudung pada wajah... jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata... jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara... jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati... mengingati Allah... dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar..."

"Jangan terlalu ekstrem," tegur seorang kawan bila saya lontarkan pandangan betapa wanita bertudung masakini sudah semakin hilang 'penghormatannya' (baca betul-betul... bukan 'kehormatan'). Bagi saya kuantiti orang bertudung meningkat tapi kualitinya merudum."

"Bukan begitu. Menutup aurat ada tujuannya... tercapaikah tujuan dengan penutupannya. Jika tidak, hakikatnya mereka masih terdedah," balas saya perlahan.

"Aku tak faham. Maksud kau?"

"Seperti juga solat. Tujuannya mengingati Allah, kesannya pasti dapat mencegah kejahatan dan kemungkaran. Begitu maksud Al Quran apabila menjelaskan tujuan solat didirikan."

"Lantas?"

"Jika solat tidak mencapai tujuan pasti ada sesuatu yang menyimpang. Samalah seperti hukum menutup aurat, tujuannya menjaga akhlak dan kehormatan. Maknanya kalau sudah menutup aurat, tetapi masih tercalar akhlak dan kehormatan... tentu ada yang salah dalam penutupannya."

"Jangan ektreem sangat. Tutup aurat bukan ertinya kita menutup keindahan. Tak salah berhias, menarik, cantik."

"Keindahan mesti didasari oleh kebenaran. Ingat, setiap keindahan tidak semestinya satu kebenaran..."

"Jadi kebenaran menolak keindahan?"

"Keindahan itu satu kebenaran!" balas saya cepat. Ya, atas alasan bertudung tidak menafikan keindahan pelbagai 'aksesori' ditokok-tambah menjadikan tudung lebih dimertabatkan sebagai 'fesyen' orang 'baik-baik' dan orang 'cantik-cantik' berbanding syariat wanita yang beriman!

"Hormati, itukan era transisi" kata seorang sahabat seakan memujuk saya.

"Transisi? Apa maksud mu?"

"Sebelum lengkap bertudung... err... maksudku menutup aurat, biarlah mereka berskaf dulu. Tu pun dah baik daripada sebelumnya yang tak menutup kepala langsung."

"Transisi, ke arah mana? Aku tidak bercakap tentang orang yang tak bertudung langsung. Tetapi aku bercakap tentang individu yang dulu tak bertudung, lepas tu bertudung, kemudian berskaf sahaja... ini transisi ke arah mana? Nak bertudung semula atau nak tak bertudung semula?"

Dia diam. Bungkam. Marah sayapun kerana sayang.

"Langkah pengalihan mesti diiringi oleh pengisian. Jangan tutup kepala sahaja, tetapi isi kepala yang ditutup itu dengan ilmu. Mereka yang tidak menghadiri majlis lebih 40 hari, hati menjadi gelap. Kemudian cari kawan-kawan yang sehaluan. Penghayatan agama kita dipengaruhi oleh kawan-kawan kita..."

"Kau kata mereka tidak ada ilmu?'"

"Bukan begitu. Menuntut ilmu mesti berterusan. When you stop learning, you stop leading – maksudnya, jika kita berhenti menuntut ilmu kita akan berhenti memimpin. Sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri," kata saya.

"Sekali lagi. Kau meragui ilmu mereka?."

"Ada sebab untuk aku meraguinya? Maaf, aku pun bukan baik. Tetapi kita tidak boleh berdiam melihat kejahilan berkata-kata."

"Maksud kau?"

"Ada yang berkata, dia masih menutup aurat kerana dia memakai rambut palsu! Bayangkan apa yang orang begini faham tentang hukum menutup aurat? Pernahkah dia mendengar tafsir Surah An Nur? Pernah dia belajar tafsiran hadis tentang aurat wanita Islam? Peliknya, suara semacam ini semakin nyaring sekarang."

Aku diam. Tafakur. Semua itu imiginasi untuk tulisan ini semata. Namun itu bukan ilusi. Aku tidak pernah punya kesempatan untuk menuturkannya. Lalu Kemudi Hati ini menjadi wadahku berbicara.

Untuk diri, isteri, anak perempuanku dan anda wanita-wanita Islam semua.

Antara syaitan bisu dan syaitan yang licik berkata-kata, kekadang kita jadi semakin bungkam... menjadi 'malaikat' yang diam? Oh, tidak...

Rasul berpesan: katakan yang benar walaupun pahit !


di copy dr sini http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/1567-syaitan-itu-kreatif.html

Friday, February 18, 2011

Novel oh novel!!!

Assalamualaikum,

This is my first post for this year, 2011...haha : D
Punye lah lame blog nie berhabuk,ok saya start post utk thn 2011 nie dgn post pasal
novel. Saya nie addict giler ngan novel,kalau boleh semua novel kat Popular tu nak beli, tp nasib baik purse ade duit cukup2 je utk beli satu novel...
fuhh~~lega rase >_<


Nie lah novel yg kiteorg beli,saya punye novel tajuk nya, Aku Yang Kau Tinggalkan tu...best novel tu...


Nie gmbr kiteorg dgn novel yg kiteorg beli dr kanan,nik,kema,anum,me!!!


Agak2 boleh jadi duta novel x kiteorg nie...hehe : p
sesiapa yg berkenan kat kwn2 sye nie sila lah contact saya...haha : p

Kepada sesiapa yg nak bace novel,Aku Yang Kau Tinggalkan secara online gi
lah kat web nie
http://aku-kautinggalkan.blogspot.com/


rugi taw sape yang x try bace novel : D

Ok r,sebelum saya akhiri post sye nie,saya nak kongsi lagi gmbr2 my classmates mase gi Mesra Mall hari tu...


Nie sebelum gi Mesra Mall,so kene r bergmbr dlu kan?? hehe... sambil menanti van kunyit pok din..


Mase otw nak gi Mesra Mall,kiteorg singgah sebentar kat kedai kek Sweden,kiteorg rncg nak smbut besday semua org...so nie lah gmbr kek nye,kek black forest yg keras giler...>_<
Nik,anum,and me...mkan kek secara x senonoh,tgk2 kat belakang tu,pak cik tu jealous je tgk kteorg mkn kek...hahaha...sorry pak cik!!!


Gambar lepas solat,hari tu mcm dh jadi hari bergambar sedunia di Mesra Mall jew...: p


Nie gmbr last yg saya nak kongsi,byk lagi gmbr nye tp x sempat nak upload r...time nie mse kiteorg nak main boling...haha,walaupun boling asyik msk longkang jep tp syok gak r...hehe...


Akhir kata,terima kasih la kepada seme classmate saye(nak kene sebut name sorg2 nie)
akmalina,anum,nik atikah,yana,ika,far aziz,suzie,rosna,eyra,kak intan,nasa,fifa,wanie,n nik syukriah...
hope,lepas nie kite leh kuar ramai2 macam nie lagi...

lots of luv ♥♥♥
~fafa~

Thursday, December 30, 2010

Tiada larangan potong kuku,rambut ketika haid




DALAM surah al-Baqarah ayat 222, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang haid. Katakanlah ia adalah suatu yang kotor. Kerana itu jauhilah (jangan menggauli) isteri pada waktu haid...”

Dalam buku yang bertajuk ‘al-Fiqh 'Ala al-Mazahib al-Arba'ah (Fekah menurut Keempat Mazhab) mengemukakan: “Yang haram bagi seorang yang sedang dalam keadaan junub (termasuk datang bulan) untuk dia kerjakan adalah amalan-amalan keagamaan yang bersyarat dengan adanya wuduk seperti solat sunat dan wajib.”

Justeru, kita mengetahui tidak disyaratkan adanya wuduk untuk memotong rambut atau kuku. Dan atas dasar penjelasan di atas, kita dapat mengatakan bahawa tidak ada larangan (dalam erti kata haram) untuk membuang rambut yang gugur dan memotong kuku seperti mana yang saudari tanyakan.

Boleh jadi pandangan itu timbul disebabkan adanya kewajipan untuk memandikan seluruh anggota tubuh. Rambut yang gugur atau kuku yang dipotong dan terbuang, maka ia belum dimandikan lagi. Kerana itulah ada pandangan melarangnya.
Mungkin juga orang yang melarang itu menduga bahawa badan manusia menjadi najis ketika ia dalam keadaan junub. Dugaan ini agak mengelirukan. Nabi SAW tidak mewajibkan orang yang berjunub, termasuk yang datang bulan untuk segera mandi. Ia diwajibkan mandi, ketika hendak solat atau membaca al-Quran. Bahkan ada sebuah riwayat yang menyatakan bahawa Nabi SAW pernah berdiri untuk solat berjemaah, tiba-tiba Baginda teringat bahawa Baginda belum mandi dan segera pergi mandi kemudian melaksanakan solat. Demikianlah yang diriwayatkan oleh keenam perawi hadis yang utama (kecuali Imam al-Tirmizi) melalui sahabat Nabi, Abu Hurairah.

Boleh jadi juga, pandangan itu diambil daripada kefahaman hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud melalui Ali bin Abi Talib yang menyatakan, “Sesiapa yang mengabaikan satu bahagian dari tempat tumbuhnya rambut ketika mandi junub sehingga tidak terkena air, maka Allah akan memperlakukan begini dan begini di neraka.”

Riwayat ini di samping memiliki kelemahan dalam sanadnya, juga tidak menyebut mengenai rambut yang dipotong. Pada hemat saya, pandangan yang seperti saudari tanyakan itu sangat menyulitkan, sedangkan agama memberikan kemudahan-kemudahan termasuk dalam persoalan mandi wajib.

Sekiranya hukum memotong kuku atau menggunting rambut tidak haram, adakah larangan tersebut bermaksud makruh?

Dalam buku al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, az-Zuhaili menulis, “Tidak makruh dalam pandangan mazhab Hambali bagi seseorang yang junub, atau dalam keadaan haid, atau nifas menggunting rambutnya, kukunya sebelum mandi.”

Walaupun ada pandangan yang mengatakan tidak sepatutnya bagi seseorang menggunting rambut atau memotong kuku atau mencukur rambut kepala atau kemaluan atau mengeluarkan darah ketika dalam keadaan junub. Ada yang mengatakan bahawa setiap rambut akan menuntut untuk di mandi junub.

Pada pendapat saya, pada hari kemudian, walaupun manusia dibangkitkan secara jasmani, tetapi tubuh kita bukan lagi sebagai mana keadaannya dalam kehidupan dunia.

Al-Quran menyatakan bahawa wanita-wanita penghuni syurga (yang tua sekalipun) akan dijadikan Allah SWT sebagai gadis-gadis remaja, penuh cinta dan sebaya dengan suami-suami mereka.

Ini sebagai mana yang disebut dalam surah al-Waqiah ayat 35 dan 36 iaitu: “Sesungguhnya Kami sudah ciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan yang istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh)”. Sebaliknya, ada orang yang derhaka yang ketika mana di dunia bermata jeli, lalu dibangkitkan oleh Allah Ta’ala dalam keadaan buta, sebagai mana dalam surah Taha ayat 125 dan 126 iaitu: “Ia berkata: Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan aku dalam keadaan buta, padahal dulu aku (di dunia) celik?”

Allah SWT berfirman, “Demikianlah keadaannya! Sudah datang ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan.”

Dalam hal mandi wajib, mazhab Abu Hanifah meletak garis panduan bahawa wajib membasahi seluruh anggota badan yang dapat disentuh oleh air selama hal itu tidak menyulitkan. Dalam konteks kemudahan itu, ulama membincangkan wajib tidaknya rambut yang digulung atau diikat sebahagian atas sebahagian yang lain, untuk diurai terlebih dulu baru mandi.

Abu Hanifah tidak mewajibkannya, cukup membasahi. Imam Malik juga tidak mewajibkan mengurai rambut yang bersanggul selama ikatannya tidak terlalu ketat sehingga air dapat mengalir ke dalam. Alasan mereka adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, bahawa Ummu Salamah bertanya kepada Nabi SAW, “Aku adalah seorang wanita yang mengikat rambutku, apakah aku harus mengurainya dalam rangka mandi junub?” Nabi menjawab, “Tidak! Cukup engkau menuangkan air ke atas kepalamu sebanyak tiga kali.”

Imam Syafie, walaupun mengharuskan menguraikan sanggul apabila air tidak mengena rambut, namun beliau berpendapat bahawa agama memaafkan bahagian dalam dari rambut yang terikat untuk tidak terkena air. Wallahualam


Dari Aisyah r.anha, katanya: Rasul s.a.w menerangkan (kepada seorang perempuan), sabdanya :”…..apabila kedatangan haid hendaklah engkau tinggalkan sembahyang dan apabila haid itu habis tempohnya, hendaklah engkau mandi wajib dan sembahyanglah (seperti sediakala)”.

Riwayat Bukhari

Monday, December 20, 2010

Why I like SAKURA (사쿠라)???



Sakura is also known as Cherry Blossom. Its flowers are nearly pure white, and tinged with the palest pink, especially near the stem. They bloom and usually fall within about a week, before the leaves come out. Therefore, the trees look nearly white from top to bottom.



This video about the views of sakura flowers.Enjoy it : D


Other than that,I like the name Sakura because I love to watch anime Naruto & Cardcaptor Sakura.In the Naruto movie,I like Sakura Haruno character. She is very cute & cool...hehe : )
In the CardCaptor Sakura,I like Sakura Kinomoto character. She also cute,active & responsible. Sakura also has her own designer,which is her good friend,Tomoyo.





Sakura Haruno & her friends!!!

-------------------------------------------------------------------------------------


Sakura with her family & friends!!!



Cute & sweet couple forever!!!

p/s: I hope one day there will be someone who will take me to Korea @ Japan to see the sakura flower closer and I can take picture as memories.