Wednesday, August 17, 2011

Kanak-kanak

Assalamualaikum w. b.t

Comel kan?? hehe... cute sangat sampai rasa nak campak kat laut (just kidding)

So ape point saya nak menulis hari nie? Hmm~~~
Kenapa dengan kanak-kanak, saya x puas hati dengan dieorg ke? X lah, sebenar nya saja je nak tulis pasal ibu bapa yg bawa anak2 kecil pergi masjid. Kalau bawa anak2 kecil tu, ingatkan lah supaya mereka x buat bising sangat. Cakap jgn main lari-lari dalam masjid. Budak2 kalau kita cakap dieorg bukan dgr sangat pun, sekejap je duduk diam pastu sambung main balik. Mase saya pergi terawih kat masjid uitm nie, ade lah beberapa org kanak2 yg berlari menjerit-jerit. Nasib baik comel, kalau x cmpk laut dah (lagi skali just kidding)...hehe... : p
So, apa cara yg kita leh buat untuk elakkan kanak-kanak buat bising...hmmm~~~
LU PIKIR LAH SENDIRI....Assalam : )

Mari lah kita tonton balik episode upin ipin solat tawarikh a.k.a terawih sbnrnya

Friday, August 12, 2011

Kelebihan membaca Al-Quran

(Group Tadarus Al-Quran)

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadhan yang ke-13, hari ini saya post tentang Al-Quran. Al-Quran merupakan wahyu teragung yang di turunkan kepada Rasulullah SAW daripada Allah SWT. Sempena bulan Ramadhan nie, makin bertambahlah ganjaran yg diberikan kepada sesiapa yg membaca Al-Quran. So,banyakkanlah bertadarus di bulan Ramdhan yg mulia ini. Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam berhimpun untuk membaca al-Quran dan bertadarus. Baginda menjelaskan kepada mereka kelebihannya antaranya: Diturunkan sakinah dan tama’ninah serta
ketenangan, rahmat dan pelbagai lagi kelebihan kepada yang cintakan al-Quran.

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:' Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan yang menjadi kemegahan umatku ialah al-Quran yang mulia." Kita dikehendaki membaca ,mendalami dan menghayati isi kandungan al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja. Membaca al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yan lain. Oleh itu membaca al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.

RAsulullah s.a.w telah bersabda bermaksud : " Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib)bahawa sebaik-baik amalan umatku ialah membaca al-Quran

Al-Quran juga merupakan satu hidangan dari Allah. Sabda Rasulullah lagi bermaksud " Sesungguhnya al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T, maka hendaklah kamu terima hidangan ALlah sebanyak mana yang kamu boleh"

Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarnya. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud : Daripada Ibnu Umar r.a berkata " Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.

Pahala membaca al-Quran

Dari Ibn Mas'ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: " Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan 'Alif Lam Mim ' satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf"

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda " Sesiapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat

dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai"

Kesimpulan :

1. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran dengan berwuduk (diluar solat) = 1 kebajikan =10 pahala

2. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (dalam solat) = 100 kebajikan = 100 x 10 = 1000 pahala

3. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (ketika berpuasa) = bykkan(cuba kira sndiri)

Jadi rajin-rajin lah membaca Al-Quran, banyak pahala yang dapat kita kumpul nanti. Pesanan ini dituju khas untuk diri saya sendiri dan semua umat Islam yg membaca post ini.


Dicopy dari e-taalim


# Cerita smpingan, semalam 12/8 U saye buat majlis Tadurus Al-Quran beramai2. Kami dibahagikan 5 org satu kumpulan dan diberi satu juzuk setiap kumpulan. Kami berjaya khatam 4 kali Al-Quran menurut kata ustaz. Alhamdulillah : )

Friday, August 5, 2011

Bunga Kertas

Nie bunga kertas yang kami buat dari sudut depan, cool kan?? hehe...


Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar anda semua? Macam mane puasa hari nie,ok? Dah masuk Ramadhan ke-5 dah kita kan. Semoga kita semakin kuat untuk terus beribadah kpd Allah SWT.

Post kali ini saya nak tunjuk hasil ke kretifan kteorg...hahaha
macam x caya je kteorg yg buat menda alah nie...ce tengok...ce tengok...

Percaya x kteorg yg buat nie?? kene percaya walaupun x prcaya...haha... cantik kan, mmg r cntik sebab kami yg buat dengan susah payah. Leka gile buat bunga nie sampai terlupa nak buka puasa...haha..
p/s: abaikan background belakang tu ek

Nie sejambak bunga kertas untuk anda semua...!!!

* untuk tempah sila hubungi 014-******* hehe : p
nak belajar wat bunga nie sila tekan web nie Kusudama Flower

Wednesday, August 3, 2011

Renungan Ramadhan

"Ramadhan bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan di hujungnya kebebasan dari api Neraka".

Gembiranya hati tidak terkira kerana masih berpeluang menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Terima kasih Ya Allah, kerana masih memberi kesempatan untuk diri ini bersama-sama mengapai rahmat dan redha-MU dalam menggandakan pahala di bulan yang mulia ini untuk menuju Syurga-MU.

Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Sesungguhnya Syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut 'Rayyan'. Akan diseru pada hari kiamat: "Mana orang yang berpuasa?" Lalu bila orang yang terakhir dari mereka telah masuk, maka pintu itupun ditutup". [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Ya Allah, diri ini tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan-MU, sesungguhnya rindu ini semakin memuncak, bila tibanya bulan yang penuh keberkatan ini, apatah lagi bagi orang yang berpuasa semata-mata kerana-MU akan dikurniakan syafaat.

Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: "Dan orang yang berpuasa itu beroleh dua kegembiraan yang menyenangkan hati: di
kala berbuka, ia akan bergembira dengan berbuka itu, dan di saat ia menemui tuhannya nanti, ia akan gembira kerana puasanya."
[Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan An-Nisa'i]

"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat bagi hamba, pada Hari Kiamat. Berkata puasa pada Hari Kiamat: "Ya Tuhan, Engkau larang ia makan dan memuaskan syahwat di waktu siang, dan sekarang ia meminta syafaat padaku kerana itu" Dan berkata pula al-Quran: "Engkau larang ia tidur di waktu malam, sekarang ia meminta syafaat padaku mengenai itu." Maka syafaat kedua merekapun diterima oleh Allah." [Hadis Riwayat Ahmad]

"Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu." [Hadis Riwayat Ahmad dan Ashabussunan]

Sesungguhnya puasa itu banyak hikmah dan faedahnya.

Antara hikmah dan faedah puasa ialah:

i. Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah
perhatian Allah.

ii. Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.

iii. Allah menghendaki semua hamba-Nya memenuhi bulan tersebut dengan
amalan ketaatan dan taqarrub kepada-Nya.

iv. Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan
memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat-sifat keras hati dan
keterlalulan.

v. Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin


sumber : http://www.iluvislam.com/tazkirah/bulan-islam/3280-renungan-ramadhan.html


Selamat berpuasa, selamat berbuka n selamat bersahur ^_^

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang
banyak.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
kepada para pembaca blog sekalian. Semoga segala amalan kita pada puasa kali ini makin meningkat dan diberkati ALLAH. Amin... : )
Wahai orang‐orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa
sebagaimana diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu daripada kamu supaya
kamu bertaqwa

Saturday, July 23, 2011

Beg Comel

Apa nie?? It look cute kan...hehe...mmg lah semua barang2 warna hijau cantik,sedap mata memandang : D

Nie gmbr penuh nye, beg yg comel nie saya beli kat Kuantan Parade pada 22hb Julai... Sekarang ada sales kat KP, penghabisan stok kot sampai 31 July nie. So sesiapa yg dkt ngan KP tu,gi r jenguk2 kot2 lah ada brg berkenan di hati...hehe ^_^

Renungan bersama :

☑ Yang Singkat Itu WAKTU.
☑ Yang Menipu Itu DUNIA.
☑ Yang Dekat Itu KEMATIAN.
☑ Yang Besar Itu HAWA NAFSU.
☑ Yang Berat Itu AMANAH.
☑ Yang Mudah Itu BUAT DOSA.
☑ Yang Susah Itu SABAR.
☑ Yang Sering Lupa Itu BERSYUKUR.
☑ Yang Mendorong Ke Neraka Itu LIDAH.
☑ Yang Berharga Itu IMAN.
☑ Yang Ditunggu Allah Itu TAUBAT

^_^ Terima kasih sudi membaca post kali ini ^_^

Saturday, July 2, 2011

Mock Restaurant


Adakah anda semua tertanya-tanya ape tujuan saya post kali ini. Saje je boring lepas habis modul petang nie, so sje menge'post' gmbr makanan yg kami pergi minggu2 lepas kat Mock Restaurant, kat Hotel Uitm nie. Kami jadi customer utk dak2 serving and culinary nie. So, kene r berlakon sikit...hahahah... Masuk2 restaurant latihan tu, kiteorg dah jadi culture shock dah...haha... yek r,kene formal kot. Duduk kerusi waiter tarik, isi kain tu pon diorg wat n se lagi dieorg speaking babe. WoW O_O
Kami saya, anum and kema hanya diam membatu, macam terkena kejutan budaya je : D
Maklum lah baru first time gi makan kat tmpt formal macam tu, rase mcm nak kuar je makan kat kedai mamak. Dah r dia hidang makanan lambat2...biasa lah kan, nama pon hotel mula2 ade appertizer r,main course r, pencuci mulut lah n macam-macam lagi. Penat gak r nak menunggu, tapi apa kan daya sebab dah lapar sangat tunggu je r ngan muka kelaparan. Mula2, datang pinggan yg berisi tomata kecik yg ada 3 biji je dlm pinggan tu, kteorg terus pandang sesama sendiri, sambil berkata2 melalui mata "apa yang kita makan nie"? So ape lagi kteorg dgn muka terpaksa telan je lah tomato2 tu, dah habis dieorg angkat pinggan and hidang kan sup ketam. Sup ketam tu bukan ade ketam seekor, cuma ade mcm pati ketam n ade isi ketam sikit2. Then, mkn smoked breast?? Ape tu, itu bhagian dada ayam kot, kteorg pun x pasti. Kteorg makan je, cuma x sedap sangat r sebab dia macam separuh masak >_<

Hanya 3 makanan di bawah nie je yang menepati selera kiteorg. Kira makanan paling best malam tu r. Beef steak, oreo cheess cake and roti tu...hahaha...






Apa pendapat anda? Nampak best kan, jgn sampai meleleh air liur tu....hehehe...

Malas dah nak tulis,bye ^__^