Thursday, April 1, 2010

Renunglah!!!!!




Bila sahabat kata SUKA,
tak semestinya dia CINTA..
ini kerana anda TEMAN yang layak diSUKA..

Bila sahabat kata CEMBURU,
tak semestinya dia CINTA..
ini kerana anda TEMAN yang HEBAT bila menjalin PERSAHABATAN..

Bila sahabat kata RINDU,
tak semestinya dia CINTA..
ini kerana dia RINDU pada TEMAN sebaik anda..

Maknanya...
Saya berhak kata saya SUKA pada awak,
CEMBURU bila awak ketepikan saya,
RINDU bila awak lupa pada saya...


Novel yg patut di beli!!!!!





Syahiman lelaki berwajah tampan cuba menyembunyikan kelebihannya itu dengan berpenampilan selekeh semata-mata untuk mendapatkan cinta sejati. Dia mahu mencari wanita yang benar-benar dapat menerima kekurangan dirinya. Akhirnya cintanya diterima Fazira. Fazira menghina paras rupa, kekurangan dan kerjaya Syahiman yang tidak menjamin masa depan. Apa yang berlaku seterusnya?

SINOPSIS :

Syahiman lelaki berwajah tampan cuba menyembunyikan kelebihannya itu dengan berpenampilan selekeh semata-mata untuk mendapatkan cinta sejati. Dia mahu mencari wanita yang benar-benar dapat menerima kekurangan dirinya. Akhirnya cintanya diterima Fazira. Fazira menghina paras rupa, kekurangan dan kerjaya Syahiman yang tidak menjamin masa depan. Akibat penghinaan itu, Syahiman membawa diri jauh dari Fazira, Tiara dan Haizul. Hidupnya telah berubah serta-merta. Kini dia adalah seorang lelaki tampan dan hidup mewah.

Tiara yang turut menaruh hati pada Syahiman terseksa kerana terpaksa memendam cinta dan perasaan dengan tabah. Tiara sanggup bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Syahiman.

Fazira pula kian berubah dan menaruh dendam yang tidak berkesudahan kerana marah cintanya ditolah Haizul. Fazira nekad untuk memburu setiap insan yang mengecewakannya.

Tuesday, March 30, 2010

Rahsia pemakanan gadis Jepun






Sebelum saya beritahu rahsia nye,sila tgk gambar rakan2 naruto
yang comel2 nie ek....hehehehe = )

Gadis jepun sangat terkenal dgn bentuk tubuh yg langsing dan cantik kan???
Rahsia mereka mudah!!! Mereka hanya mengamalkan pemakanan yg sihat....


1. IKAN

Tahukah anda wanita Jepun makan ikan sekitar 69kg setahun. Ia bukan sahaja bagus utk diet,bahkan baik utk kesihatan. Ikan kegemaran mrk ialah ikan salmon.




2. KICAP

Kicap dan sushi mmg tdak boleh dipisahkan daripada org Jepun!
Mengikut kajian, penggunaan kicap di negara Jepun 10 kali lebih byk berbanding
negara2 lain di dunia. Kicap pilihan mrk bukan sahaja rendah lemak dan kalori,
bahkan tinggi protein.





3. BUAH DAN SAYURAN SEGAR

Jika kita inginkan tubuh yang langsing,sayur-sayuran dan buah-buahan segar merupakan
teman terbaik bagi DIET. Gadis2 Jepun bukan sahaja gemarkan sayuran,bahkan buah-buahan juga sdh menjadi manisan wajib bg mereka.








4. SOYA

Gadis Jepun amat mengemari makanan yg berasaskan soya!!!





5. MAKAN MEE

Wanita Jepun gemarkan mee seperti soba,udon,ramen, dan somen. Namun berbeza dgn mee buatan Malaysia. Justeru kita perlu memilih mee yang benar2 baik untuk kesihatan.





6. MAKAN NASI

Mereka hanya makan dua mangkuk kecil nasi dalam sehari.




7. PELBAGAI JENIS MAKANAN

Kebanyakan masyarakat Jepun gemarkan pelbagai jenis makanan dalam
menu harian mereka.


8. SARAPAN SIHAT

Jika di Malaysia,menu sarapan pagi lebih sedikit berbanding tng hari atau malam.
Namun berbeza dgn masyarakat Jepun,jumlah makanan yg mereka makan di waktu pagi
lebih banyak berbanding siang dan malam.



Sampai sini sahaja dpt saya tulis ek...
Selamat membaca dan semoga anda mendapat info yg berguna...


Monday, January 4, 2010

+kAki NoVel+

Sape ske bace novel???
angkat tgn....hehehe....

Sye ske sangat membace novel,lebih2 agy novel2 cnte...hehe...
dah byk gok novel yg sye kumpul,agok2 nye leh buat pameran
novel kecil-kecilan doh....
sye slalu beli novel alaf 21,prima n AR...
Nie antra koleksi novel sye :








Nie sket jep,sbnrnye byok agy,tp maleh nok amek gmbo....
seme novel kat situ sye ske,tp tiga buah novel kat bwh nie r
feveret novel sye...hehe...










Novel Kau dan Aku tu besh taw....
rugi sape x bce,boleh menitis airmata...

Sye harap ade org yg leh kongsi novel yg besh2 ngan sye!!!

Wednesday, March 18, 2009

+25 NASIHAT LUQMANUL HAKIM+





1. Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.



2. Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.



3. Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.



4. Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.



5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.



6. Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.



7. Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.



8. Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.



9. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.



10. Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.



11. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.



12. Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.



13. Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.



14. Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.



15. Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.



16. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.



17. Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.



18. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu.



19. Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.



20. Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.



21. Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yan menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.



22. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.



23. Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.



24. Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.


25. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Thursday, November 20, 2008

~ unTuk maNus!a beRnaMa waNita ~




1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."




>selamat membace< '~'

Monday, November 17, 2008

~SyurGa dAn NeraKa~

+pokok yg berbentuk kalimah Allah+

+sarang lebah yg berbentuk kalimah Allah+

+jin+ (sumber Darul Nu'man)


Ciri-ciri ahli Syurga
  1. Melaksanakan rukun Islam dgn sempurna
  2. Menjadikan syariah Islam sbg panduan hidup

  3. Mengambil peringatan tentang azab dan takut kpd Allah

  4. Yakin terhdp kebesaran dan kekuasaan Allah

  5. Sentiasa mengingati dan menyebut nama Allah dgn berzikir

  6. Menggunakan kebijaksanaan untuk membina tamadun yg hebat berasaskan takwa

Ciri-ciri ahli Neraka

  1. Mengabaikan rukun Islam

  2. Mengetepikan syariah Islam

  3. Tidak menerima peringatan dan tidak takut dgn azab Allah

  4. Tidak mengambil iktibar dari keunikan alam

  5. Lalai dalam mengigati Allah

  6. Menggunakan kepandaian yang dikurniakan untuk menyesatkan manusia dan merosakkan akidah org lain