Tuesday, October 14, 2014

Blogku yang Usang

Cr pic: to it owner ^^


Assalamualaikum w.b.t kepada sesiapa yang terbaca post kali ini...

Dah lama benar tuan blog nie x update blog die ni. Mentang2 blog nie sekangkang kera je, sampai hati tuan blog nie x amek peduli kat blog nie :(

Eishh... bukan apa tuan blog busy lah *alasan je tu sbnrnya malas update blog*

Buat masa sekarang tuan blog dah masuk degree BAS semester 6 *kira dah otai lah nie and boleh grad dh klau xde sangkut lah* ^^'''

Semester akhir nie mencabar fizikal dan mental gak sebab ada kena buat Final Year Project (FYP) iaitu subjek research. Dah lah nanti kene present @ org panggil VIVA. Takut.....takut....
Tapi semoga kteorg student semester akhir nie dapat menjalani last sem nie dengan tabah dan istiqamah. hehe....

Tu je lah nak tulis. X de idea nak tulis apa. Lagipun ada ke org baca apa aku merepek kat sini. hehe...Bye :)



Go Crazy by 2PM <3 p="">

Thursday, March 28, 2013

Degree Student at Uitm Shah Alam


Assalamualaikum w.b.t ^_^

Lama tak menulis blog nie rase nye. Al-maklum lah sekarang dah official jadi student degree kat shah alam. A bit busy lah, so mood nak menulis blog pun terbantut...hehe..
Sekarang just nak share macam mana hidup aku sepanjang nak dekat 1 bulan kat shah alam nie ^^'''


Kalau untuk di simpulkan lah... aku sangat lah penat kat sini even fakulti dekat je ngan kolej tapi nak gi kelas/fakulti tu kene daki tangga yg sangat tinggi kami gelar tangga Bt. Caves (seperti gambar di atas).
Kalau dah sampai kat atas kelas tingkat 1 or 2 okay lah gak, nie kalau kelas tingkat 4 memang basah lenjun baju & mengeletar kaki nie...fuhh ~ ~ 
x cukup oksigen rase nye >.<


Lagi satu pengalaman baru aku kat sini ialah dapat naik Bas Rapid ^^
hmm...aku nie memang kuno, x reti naik bas kalau sorang-sorang tapi sekarang dah reti taw...hehe : p
Lepas nie balik kuantan, boleh lah naik bas rapid kat sana pulak...sebab dah pandai : )


Gambar kat atas nie masa ada taklimat dekan fakulti kat Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC)...
Besar sangat kot dewan nie, yek lah...kat sini lah tempat org konvo kat shah alam O.O



Gambar nie pulak view malam dari kelas kat tingkat 4 ^_^
Cantik sangat sbb nampak whole uitm n bndr shah alam maybe...and kalau malam2 rasa lah angin sepoi-sepoi bahasa kat tingkat 4 nie...hehe...


My roomates and close friends here in Shah Alam, Akmalina & Liza... bersyukur sangat sebab ade gak org yg kita kenal ade dekat ngan kita ^.^
Please take care me okay Kema n Liza...haha... <3 p="">



My other friends, course-mates and classmates too ^_^
Thank you for being here too, even though we still not close enough... But because here we only have each other so we need to take care each other okay : )
Nice to know all of you 

Okay, banyak lagi nak tulis sebenar nya tapi malas...haha...tengok lah nanti
 kalau rajin datang semula ^.^
Doakan saya dan rakan-rakan selamat belajar kat sini ek : )
Terima kasih kpd yg sudi baca... <3 p="">


~Miss_Farihah~

Wednesday, February 6, 2013

Cinta Mahabbah


Tiada kata secantik bahasa
untuk ku puji adinda
Tiada gambar seindah lukisan 
nak ku tunjukkan perasaan
Tersusun indah senikata dalam irama dan lagu yang didendangkan. Melahirkan rasa cinta seseSaveorang kepada orang yang dicintainya. Terjadi cinta kerana fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah sememangnya cinta terjadi kerana mematuhi kehendak Allah. Justeru kesempurnaan cinta seseorang kepada Allah ialah bila dia mencintai seseorang yang dicintai oleh Allah dan dia membenci seseorang yang dibenci oleh Allah.
C I N T A adalah asas bagi segala jenis ibadat. Ibadat menjadi tidak sah tanpa disertai dengan rasa cinta dengan kerendahan hati yang sempurna, seperti senikata lagu di atas perbuatan cinta dan rasa cinta diluahkan dengan kerendahan hati (ikhlas).
Anugerah cinta yang dikurniakan Allah dan nikmat yang dirasainya amatlah tidak ternilai harganya hingga kadangkala seseorang sanggup mengorbankan nyawa untuknya.
Tetapi, bolehkah kita menyamakan cintanya kita kepada seseorang dengan cintanya kita kepada ALLAH? Tentu sama sekali jawapannya, TIDAK. Kerana barangsiapa yang menyamakan cintanya kepada seseorang sebagaimana dia menyintai Allah atau mencintai sesuatu selain Allah atau mencintai sesuatu bukan kerana Allah maka orang tersebut termasuk ke dalam golongan orang yang telah 'syirik' iaitu menyekutukan Allah. Nauzu Billah Min Zalik.
Ini kerana hawa nafsu CINTA harus disesuaikan mengikut ajaran Rasulullah s.a.w , sebagaimana ayat di dalam surah Ali' Imran  ayat 31.
" Katakanlah (wahai Muhammad): " Jika kamu benar mencintai Allah ikutilah daku, nescaya Allah akan mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
Ayat tersebut menjelaskan bahawa, 'Jika kita benar mencintai Allah ikutilah ajaran Rasulullah SAW iaitu kekasih Allah yang menerima risalah daripada Allah melalui malaikat Jibrail dan menyampaikannya kepada kita, umat manusia. Kenapa? Kerana di dalam risalah itulah terdapat segala jenis ibadat serta ajaran yang dapat disesuaikan dengan hawa nafsu cinta.
Selanjutnya Allah berjanji kepada sesiapa yang memenuhi syarat di atas iaitu mematuhi ajaran Rasulullah SAW , Allah akan mencintainya. Akhirnya Allah berjanji akan mengampuni dosa-dosanya.
Apakah Erti Cinta?
C I N T A ditafsirkan mengikut tafsiran orang yang mengunkapkan kata cinta malahan kata cintanya kadang-kadang terkeliru dengan perbuatannya sendiri. Ini bermakna mereka tidak dapat memahami erti cinta itu sebenar.
Marilah, kita memahami erti cinta; cinta sebenar, cinta palsu dan syirik cinta.
Syirik cinta, iaitu menyamakan cinta kita kepada Allah sama seperti cinta kita kepada seseorang atau makhluk yang lain dengan perbuatan mengagongkannya dan rasa takut padanya. Sedangkan yang layak untuk diagongkan dan rasa takut hanyalah untuk Allah semata-mata. Ini adalah cinta salah, cinta syirik, janganlah kita terjerumus ke dalam jenis cinta ini.
Janganlah kita juga tertipu dan terjerumus dalam cinta palsu atau cinta yang tak cukup iaitu hanya menuturkan kata menyintai ALLAH SWT tetapi mengingkari syariatnya. Cinta jenis ini tidak mencukupi untuk melayakkan kita memasuki syurga Allah dan terhindar daripada azab neraka. Kenapa? Kerana orang munafik dan orang kafir juga cinta kepada Allah.
Mereka menuturkan kata menyintai ALLAH tapi mereka sebenarnya orang yang kufur pada nikmat akal, pendengaran dan penglihatan. Mereka mengkhianati apa yang dituturkan kerana mereka mengingkari apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW aitu dengan tidak mematuhi perintah syariatnya yang datangnya dari Allah swt. Cinta mereka tidak sempurna (tidak cukup) bila mengakui kalimah syahadat yang pertama tetapi mengingkari kalimah syahadat yang kedua.
Bukankah itu yang banyak terjadi pada masa kini, golongan yang Islam pada luarannya tetapi kafir pada dalamannya?  Nauzu Billah Min Zalik.
Justeru, janganlah kita sekadar tahu mengucapkan kata cintq tapi buta hati akan makna cinta sebenar. Erti cinta sebenar ialah apabila kita cinta kepada apa yang dicintai oleh Allah. Cinta (patuhi) apa yang diperintahkan oleh Allah dan benci pada apa yang dilarang oleh Allah. Cinta ini membawa kita ke jalan Allah dan seterusnya menjadi muslim sejati iaitu orang yang dicintai Allah.

Kedua, erti Cinta Sebenar ialah Cintailah kerana Allah. Jika kita mencintai seseorang cintailah kerana Allah. Cintailah seseorang bukan saja pada rupanya tapi cintailah seseorang kerana cintanya yang dekat dengan Allah iaitu yang mengikut ajaran Allah.
Semoga dengan memahami kesempunaan cinta sebenar, maka kita akan berada di dalam landasan kebenaran. Raihlah ia dengan bermunajat kepada Allah supaya dikurniakan hati yang lapang untuk menerimanya dan mengimaninya. Kesempurnaan cinta bermula dari mencintai Allah yang Esa dan insyaAllah akan sempurnalah cinta kepada yang lain. SubhanAllah..
 Katakanlah "Saya Cinta Allah dan menyintai apa yang dicintai olehNya." Semoga dengan sentiasa membisikkan dalam hati, hati kita terarah dan terlatih untuk hanya menyintaiNya dan meyintai apa yang dicintai olehNya.
Cinta yang sebenar-benar cinta!!!
#copy paste dr artikel iluvislam


*Semoga kita semua dapat bertemu dengan cinta sejati kita dan semoga kita memperolehi cinta yang hakiki drpd-Nya*


~Miss Farihah~



Geng 10 Dalam Ingatan...!!!

Kira-kira cukup 10 x?? hehe ^_^

Assalamualaikum w.b.t 

Hai... mood nak menulis datang pula pagi-pagi buta camnie *currently skrg pkul 2.24am*
Saje je nak penuhkan blog yg terbiar nie...hehe...
Okay, kenapa title post tu bunyi cam sedih je : (
It just because we Geng 10 x bole gi kelas sesama, gi beli makanan sesama, gosip sesama, gi bandar/jejalan sesama >_<
Sebab kami dah habis diploma, lagi pula kita orang nie duduk negeri lain2 ade Selangor, Klate, Ganu, Pahang, so nak jumpa pun susah lah.
Then, for degree nie...saya dapat sama U ngan seorang je drpd Geng 10 iaitu Akmalina a.k.a Kema.
Tapi x pe, Insyallah nanti panjang umur kita jumpa lagi okay. Dan korang semua jangan give up lak walaupun x dapat degree utk 1st intake nie. Insyallah rezeki korang ada punye nanti.
Jangan lost contact pulak n kalau nak kawin jgn lupa jemput ek...hehe : P 
Tu je lah nak tulis sekarang, x de idea nak tulis banyak-banyak...

Kepada: Siti Firhanum, Wan Nur Ilyana, Far Aziz, Rosna Adawiah, Nur Akmalina, Nik Atikah, Nurul Shazwani, Zulaika Nadhirah, Nur Syahirah

Terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya, Nur Farihah yang senyap, yg x berapa betul sangat(^^'''), yg kuat marah, yg suka mengarut, yang malas dan sebagainya...hehe <3 p="">

Kami banyak gambar bersama but x leh lah nak upload semua kan...huhu... 
just a random picture saya amek

Kat Pantai Batu Buruk, KT ^__^
dr belah kecik molek bju purple tu: Nik,Far,Anum,Eyra,Kema,Ika,Yana,Rosna,Saya,Wani


Last kelas untuk semester 5 bersama Madam Ramha :)


main tangkap2 gambor pulok...keke



nie gambar latest 2013, kami jumpa kat Uitm Dungun sbb nak amek kad diskaun tp 2 org lagi x de :)


Terima kasih yang sudi membaca nukilan yg x berfaedah nie ^^'''

~Miss Farihah~

Salam 2013 ^__^


Assalamualaikum w.b.t kepada sesiapa yang baca blog saya yang terbiar ini...hehe

Gila dah lama x update blog nie, bukan dah lupa cuma malas + x tahu nak tulis ape. 
Apa-apa pun x terlambat agak nye, saya nak ucapkan Selamat Datang 2013!!! 
*walaupun skrg dah bulan Feb* ^^'''

Saya dah habis Diploma sekarang nie....yahoo!!!
Bulan Mei 2013 nanti Konvo kat UITM ^_^
*x sabar nk pakai jubah,campak2 topi*

But, awal Mac 2013 nie saya dah kene masuk degree (Ijazah Sarjana Muda), 
I got Bachelor in Admistrative Science (BAS) kat Uitm Seremban 3, Negeri Sembilan tapi sebab kampus tu x siap lagi so wat sementara nie belajar kat Uitm Shah Alam dulu *merasa gak dok shah alam*

That all yang boleh saya kata kan sekarang nie... pape pun Alhamdulillah dapat gak saya sambung belajar
*lama sangat dah melepak kat umah skrg kne gerak kan otak semula*

Depan Dewan Aspirasi, Uitm Dungun : Ini gambar kami Geng 10 lepas habis last final exam untuk sem last (sem 5) dalam Diploma Pentadbiran Awam ^_^


Harap dapat jumpa anda semua lagi even kita dah x leh belajar sesame :)
Terima kasih utk segalanye~~~


Yang dah lama x menulis kat blog nie,
___Miss Farihah___

Friday, March 23, 2012

Kami berpindah : (

Nie lah barang-barang yang kiteorg nak simpan kat kolej sempena cuti semester nie. Banyakkan...bukan brg sorang nie barang 10 org taw...haha....mcm brg 10 buah keluarga je kan...hahaha : p
Almaklum lah semua org balik naik bas, x kan nak serat barang2 yg banyak nie naik bas, so simpan je kat kolej nie. Dah lah semester dpn kami pindah kolej, jauh ke dalam kat kwsan tasik. So merasalah suasana hutan n baru skit. Kami angkut nie guna kereta lah, gila nak angkut jalan kaki ada seminggu pun x sampai2 lagi...hehe..hiperbola lebih >_<
Terima kasih kepada Fadhil Ayie (<3 Anum's bf) sbb sudi membawa kereta itu...
~Kamsahamida chingu~

So, sekarang tatap lah gambar pose kami bersama barang, gmbar2 last dok kat Perhentian A



**Sekian saja untuk kali ini, semoga kolej baru kami Tenggol A dpt memberi kami keselesaan untuk last sem kami Diploma Uitm nie ^_^


+Selamat bercuti 2 bulan untuk rakan2 Diploma Uitm+
Jangan main mercun & kalau jmpe org x dikenali jgn tegur @ ikut
Berhati-hati di jalan raya, ingat org tersayang
pesanan ikhlas drpd Missfarihah & blognya ^_^

Wednesday, March 7, 2012

Final Exam Semester 4

Assalamualaikum w.b.t

Sekarang baru betul2 punya post dari owner blog nie, post sebelum nie saya gak tulis tapi post2 tu seme pasal perkara yg saya minat. Saya selalu post pasal study week je kan kat blog nie dr sem 2 hingga sem 4 nie, jarang post pasal hal2 hidup yg lain, al-maklum...pemalas nak taip-taip nie..hehe... Buat masa sekarang kami masih dalam "study week" a.k.a mggu xde kelas, free je nak buat ape2...haha >_<
Part 4 AM110 akan start exam 14/3/2012 and habis pada 22/3/2012. Cepat kan kteorg habis exam, yek la gap untuk setiap paper ade satu hari je, mmg kucar lana lah otak...^^'''
Tapi boleh start CUTI SEM awal ^__^ but sebelum tu suffer banyak r. Kami cuti sem lama kot lebih kurang 2 bulan, dalam awal bulan 6 bru start Sem 5 (semester akhir kami AM110).
Tu je lah nak tulis, please doa kan kami berjaya jawab exam dgn jaya nye ek : )



^Good luck for my Ben 10 friends kat atas nie(sorg tiada)^
"Fighting to all my chingu"