Thursday, November 20, 2008

~ unTuk maNus!a beRnaMa waNita ~




1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."




>selamat membace< '~'

Monday, November 17, 2008

~SyurGa dAn NeraKa~

+pokok yg berbentuk kalimah Allah+

+sarang lebah yg berbentuk kalimah Allah+

+jin+ (sumber Darul Nu'man)


Ciri-ciri ahli Syurga
  1. Melaksanakan rukun Islam dgn sempurna
  2. Menjadikan syariah Islam sbg panduan hidup

  3. Mengambil peringatan tentang azab dan takut kpd Allah

  4. Yakin terhdp kebesaran dan kekuasaan Allah

  5. Sentiasa mengingati dan menyebut nama Allah dgn berzikir

  6. Menggunakan kebijaksanaan untuk membina tamadun yg hebat berasaskan takwa

Ciri-ciri ahli Neraka

  1. Mengabaikan rukun Islam

  2. Mengetepikan syariah Islam

  3. Tidak menerima peringatan dan tidak takut dgn azab Allah

  4. Tidak mengambil iktibar dari keunikan alam

  5. Lalai dalam mengigati Allah

  6. Menggunakan kepandaian yang dikurniakan untuk menyesatkan manusia dan merosakkan akidah org lain






Saturday, November 15, 2008

~ Wan!ta ~


"Benarlah wanita itu ibarat permata.Kerana kecantikannya, dia dipandang oleh semua manusia.Kerana keindahannya, dia dipuja oleh sekalian insan.Tetapi kerana kehalusan peribadinya, dia dinilai oleh seseorang yang amat mengerti tentang hakikat sebenar seorang wanita.Keindahan peribadinya ibarat kehalusan seni sebutir permata yang hanya mampu dinilai oleh seorang pakar yang benar-benar mengerti tentang keunikan rekabentuk sebutir permata di antara beribu-ribu permata yang terhampar.Jadi,andai dirimu tercipta dengan penuh keindahan, bersyukurlah kerana itu adalah anugerah-Nya dan menjadi perhiasan kepada peribadi yang indah.Tiada gunanya rupa yang jelita tanpa pekerti yang mulia.Andai dikau merasa dirimu tak seindah permata di sekelilingmu, tiada apa yang perlu dirisaukan.Mengapa tak perlu gusar?Itu semua ujian Tuhan untuk menguji keimananmu kepada-Nya serta menguji ketabahanmu pada ketentuan takdir-Nya.Sebenarnya, kehalusan peribadimu menjadi idaman setiap insan yang hanya mencari permata yang hakiki.Dia tidak memandang pada keindahan luaran, tetapi dia hanya meneliti keindahan dalaman, kesempurnaan dari sudut agamanya,yang boleh membimbingnya ke arah jalan yang diredhai Tuhan.Insan seperti ini wujud setiap masa dan di mana-mana saja, cuma kuantitinya sahaja yang agak sedikit berbanding lelaki yang biasa.Allah sendiri berfirman dalam Surah Ali ‘Imran(3:139) yang mana Allah menegaskan, “Janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati,sedangkan kamu orang yang tinggi darjatnya jika kamu beriman,”(ayat ini asalnya ditujukan buat muslimin yang ingin berperang di jalan Allah).Biarpun ayat ini ditujukan umumnya buat mukminin kerana penggunaan kalimah yang bersifat muzakkar, tetapi ayat ini boleh juga ditujukan kepada wanita kerana di dalam Al-Quran ayat yang ditujukan buat lelaki sebenarnya ditujukan umum buat seluruh manusia lelaki dan perempuan.Jadi, bolehlah ditafsirkan bahawa ayat ini merupakan pujukan lembut daripada Allah buat insan yang beriman yang merasa lemah dan berduka.Ya, mungkin pada pandangan orang lain dirimu tak sehebat mana kerana keindahanmu tersimpan rapi di dalam diri,namun ianya terserlah pada pandangan insan yang benar-benar memahami peribadi sebenar wanita bergelar muslimah sejati.Ingatlah,wanita yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (An-Nur,24:26).Semuanya sudah diatur rapi oleh Tuhan.Wanita yang beriman tidak akan sekali-kali dimiliki oleh lelaki yang buruk akhlaknya dan lelaki yang beriman pula tak akan ditemani oleh perempuan yang buruk tingkah lakunya.Ini kerana perkongsian hidup antara yang baik dengan yang buruk tak akan serasi sama sekali.Buat para muslimin,carilah permaisuri hati yang sempurna agamanya kerana merekalah yang mampu membawa kita ke taman impian di sana nanti,iaitu raudhatul jannah di negeri abadi, insya-Allah.Andai kau mengira permaisurimu tak seindah yang kau impikan, tak mengapa.Tak dinafikan, memang fitrah manusia menyukai keindahan rupa, tetapi adakalanya apa yang kita suka itu tak semestinya baik untuk kita dan mungkin apa yang kita tak suka itu amat baik untuk kita.Itu semua ketentuan Tuhan.Tunggulah, kecantikan sebenarnya akan terserlah di akhirat nanti.Pada saat itu barulah kau merasa benar-benar bersyukur kerana mempunyai isteri sebaiknya.Kecantikan di dunia hanyalah kecantikan sementara tetapi di sanalah kediaman yang abadi.Itulah janji Tuhan.Sesungguhnya,Allah tak akan sama sekali memungkiri janji-Nya.Kesimpulannya di sini, keindahan seorang wanita hanya terletak pada kesempurnaan agamanya.Keindahan fizikalnya hanyalah perhiasan luaran anugerah sementara daripada Tuhan yang mungkin boleh lenyap apabila tiba masanya.Itulah fitrah manusia,tiada apa yang kekal pada kita.Oleh itu, buat semua muslimah, moga artikel ini menjadi penawar kegusaran hatimu. ^-^“Dinikahi seorang wanita itu kerana kecantikannya,keturunannya,kekayaannya dan agamanya. Maka, pilihlah dari segi agamanya, nescaya beruntunglah kedua tanganmu,”