Friday, August 12, 2011

Kelebihan membaca Al-Quran

(Group Tadarus Al-Quran)

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadhan yang ke-13, hari ini saya post tentang Al-Quran. Al-Quran merupakan wahyu teragung yang di turunkan kepada Rasulullah SAW daripada Allah SWT. Sempena bulan Ramadhan nie, makin bertambahlah ganjaran yg diberikan kepada sesiapa yg membaca Al-Quran. So,banyakkanlah bertadarus di bulan Ramdhan yg mulia ini. Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam berhimpun untuk membaca al-Quran dan bertadarus. Baginda menjelaskan kepada mereka kelebihannya antaranya: Diturunkan sakinah dan tama’ninah serta
ketenangan, rahmat dan pelbagai lagi kelebihan kepada yang cintakan al-Quran.

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:' Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan yang menjadi kemegahan umatku ialah al-Quran yang mulia." Kita dikehendaki membaca ,mendalami dan menghayati isi kandungan al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja. Membaca al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yan lain. Oleh itu membaca al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.

RAsulullah s.a.w telah bersabda bermaksud : " Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib)bahawa sebaik-baik amalan umatku ialah membaca al-Quran

Al-Quran juga merupakan satu hidangan dari Allah. Sabda Rasulullah lagi bermaksud " Sesungguhnya al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T, maka hendaklah kamu terima hidangan ALlah sebanyak mana yang kamu boleh"

Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarnya. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud : Daripada Ibnu Umar r.a berkata " Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.

Pahala membaca al-Quran

Dari Ibn Mas'ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: " Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan 'Alif Lam Mim ' satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf"

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda " Sesiapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat

dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai"

Kesimpulan :

1. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran dengan berwuduk (diluar solat) = 1 kebajikan =10 pahala

2. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (dalam solat) = 100 kebajikan = 100 x 10 = 1000 pahala

3. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (ketika berpuasa) = bykkan(cuba kira sndiri)

Jadi rajin-rajin lah membaca Al-Quran, banyak pahala yang dapat kita kumpul nanti. Pesanan ini dituju khas untuk diri saya sendiri dan semua umat Islam yg membaca post ini.


Dicopy dari e-taalim


# Cerita smpingan, semalam 12/8 U saye buat majlis Tadurus Al-Quran beramai2. Kami dibahagikan 5 org satu kumpulan dan diberi satu juzuk setiap kumpulan. Kami berjaya khatam 4 kali Al-Quran menurut kata ustaz. Alhamdulillah : )

No comments: